Thursday, September 27, 2018

SLICE LABS MENGUMPUL $20 JUTA DALAM SIRI A YANG DILANJUTKAN UNTUK MENGGLOBALISASIKAN PLATFORM AWAN INSURANS ATAS PERMINTAAN MEREKA

Pembiayaan tambahan yang diketuai oleh The Co-operators membawa jumlah siri A Slice kepada $31.6 juta


NEW YORK, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Slice Labs, sebuah pembekal platform awan insurans atas permintaan yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan dana tambahan sebanyak $20 juta dalam pembiayaan Siri A, yang diketuai oleh The Co-operators dengan penyertaan daripada XL Innovate, Horizons, Munich Re/HSB Ventures, SOMPO, Veronorte, cabang pelaburan bagi Grupo Sura, dan JetBlue Technology Ventures. Pusingan lanjutan ini yang agak besar akan digunakan untuk melaksanakan permintaan global yang lebih tinggi daripada yang dirancang bagi Perkhidmatan Awan Insurans Slice (ICS).

Slice dilancarkan pada tahun 2016 dengan satu misi untuk menukar, memperbaiki dan mereka bentuk semula insurans. Perkhidmatan Awan Insurans (ICS) syarikat itu sedang mengubah syarikat insurans tradisional menjadi pembawa yang dipacu secara digital dengan menyediakan mereka dengan sebuah platform yang membolehkan mereka untuk membentuk idea, eksperimen, ujian dan menggunakan produk insurans atas permintaan yang baharu, dengan pantas. Syarikat-syarikat insurans global yang terkemuka telah melancarkan produk insurans atas permintaan dengan menggunakan ICS, dan Slice akan menggunakan pembiayaan baharu ini untuk terus memperluaskan penawaran mereka pada skala global.

"Platform ICS itu sedang berkembang dengan pesat ketika syarikat-syarikat insurans semakin menyedari tentang keperluan untuk melibatkan sebuah platform yang berasaskan awan dan kelebihan berdaya saing yang dapat ditawarkan oleh insurans atas permintaan yang digital sepenuhnya," kata Tim Attia, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Slice. "Aras yang luar biasa ini bagi pelabur baharu dan pelabur berulang akan menjadi aset yang luar biasa ketika kami terus meningkatkan perniagaan kami dan menjalankan eksperimen ke atas potensi insurans digital yang tidak ada tandingannya."

Platform ICS itu adalah satu perkhidmatan bernilai tinggi yang membolehkan syarikat-syarikat insurans untuk melancarkan produk insurans digital, atas permintaan yang baharu dalam tempoh beberapa minggu. Dikuasakan oleh pembelajaran mesin, analisis data lanjutan dan kepakaran sains perlakuan tahap Ph.D. di dalam sebuah model langganan dan yang termasuk harga berasaskan API, penarafan, pelesenan, proses tuntutan dan pengunderaitan automatik, ICS merupakan langkah seterusnya di dalam memajukan teknologi insurans.

"Ketika ekonomi digital berkembang, platform dan pendekatan Slice yang unik itu akan membolehkan penyelesaian insurans yang berinovatif, tangkas dan yang berasaskan kepada keperluan bagi sebuah dunia yang pantas berubah," kata Rob Wesseling, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Co-operators. "Melalui perkongsian kami dengan Slice, kami bukan hanya melabur di dalam sebuah teknologi yang membolehkan kami untuk terus menjadi peneraju bagi penyelesaian itu, tetapi kami juga melabur di dalam keupayaan jangka panjang kami untuk terus memenuhi keperluan yang berubah-ubah bagi ahli dan pelanggan kami ."

Slice pertama kali menggunakan teknologi ICS itu untuk melancarkan produk pertama mereka pada Oktober 2016 dan untuk melancarkan platform atas permintaan digital mereka ke 50 negara pada tahun lepas. Syarikat itu memperkenalkan platform ICS itu ke pasaran pada Januari 2018, dan telah menyaksikan permintaan yang ketara di seluruh dunia, yang termasuk pengumuman oleh tiga pelanggan ICS Slice yang baharu yang membangunkan pelbagai penawaran insurans atas permintaan, termasuk XL Catlin, Legal & General dan The Co-operators. Selain itu, untuk menyokong momentum mereka yang kuat, Slice baru-baru ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Pertumbuhan, Philippe Lafreniere, seorang eksekutif insurans yang sangat berpengalaman, pada Ogos yang akan memainkan peranan penting di dalam membantu syarikat insurans global untuk merealisasikan nilai model insurans digital atas permintaan terhadap pengalaman pelanggan.

Maklumat mengenai Slice Labs

Slice Labs adalah sebuah pembekal platform awan insurans atas permintaan yang terkemuka yang memberi kuasa kepada syarikat insurans untuk menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan melalui model insurans langsung atau ejen insurans tanpa perlu melabur di dalam infrastruktur untuk menyediakan produk insurans atas permintaan tersuai dan bayar sambil lalu. Platform Perkhidmatan Awan Insurans Slice (ICS) dijana oleh teknologi pembelajaran mesin dan data besar termaju bersama-sama dengan kepakaran sains perlakuan Ph.D. ICS adalah asas bagi produk insurans digital baharu yang dikeluarkan secara global oleh syarikat-syarikat insurans utama dan juga merupakan asas bagi produk insurans digital Slice sendiri yang berkhidmat kepada ekonomi baharu.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180926005145/en/

Hubungi

Slice Labs Inc. PR
Emily Kosick, 303-886-5708
pr@slice.is

Sumber : Slice Labs

No comments:

Post a Comment