Monday, September 24, 2018

PASUKAN TOREAD MUNCUL DI TEMPAT PERTAMA DALAM PENCARIAN GUNUNG WULONG

CHONGQING, China, 24 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pasukan Toread muncul di tempat pertama di dalam Pencarian Gunung Antarabangsa China 2018 dan Siri Sukan Luar Gunung China 2018 (Chongqing, Wulong) dengan menamatkan perlumbaan empat bahagian sejauh 250 kilometer itu dalam masa 19 jam, 9 minit dan 5 saat, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Daerah Wulong bagi Perbandaran Chongqing.

Pertandingan itu berakhir pada Khamis dengan perlumbaan sejauh 74.2 kilometer di kawasan yang serba indah di Gunung Wulong Fairy dan Three Natural Bridges selepas menamatkan perlumbaan 59.6 kilometer pada Rabu yang melibatkan enam acara termasuk berkayak dan berenang. Laluan perlumbaan itu direka sesuai dengan tempat-tempat menarik yang utama di Wulong yang telah menawarkan kepada peserta dengan suatu perjalanan yang tidak dapat dilupakan yang menggabungkan sukan dengan pengalaman pelancongan.

Pasukan Aliexpress dan Beijing Koosa masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan menamatkan perlumbaan dalam masa 19 jam, 56 minit dan 47 saat dan 20 jam, 37 minit dan 59 saat. 25 pasukan teratas akan diberikan hadiah oleh penganjur.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Daerah Wulong bagi Perbandaran Chongqing

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320078
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320079
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320080

--BERNAMA


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11430

No comments:

Post a Comment