Saturday, September 1, 2018

TESCO TAWAR PATUNG KOLEKSI ADIWIRA MARVEL



KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Peminat adiwira Marvel kini boleh memiliki patung-patung koleksi eksklusif dengan penanda khas filem Avengers Infinity Wars di cawangan Tesco seluruh negara.
Pengarah Urusan Tesco Malaysia, Vivian Yap berkata, program yang berlangsung sehingga 14 Nov itu diwujudkan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia pasar raya Tesco.
"Ini adalah satu lagi program menarik yang kami lancarkan tahun ini untuk membawa keseronokan dan menambah nilai kepada pelanggan setia kami. 
"Kami bergabung dengan adiwira francais Marvel buat kali pertama kerana mahu menawarkan sesuatu yang unik dan istimewa untuk kanak-kanak dan peminat dewasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semasa kempen tersebut, pelanggan akan menerima satu pelekat untuk setiap pembelian berjumlah RM30 di mana-mana kedai Tesco atau dalam talian dan perlu mengumpul sehingga dua belas pelekat untuk menebus barangan eksklusif tersebut secara rawak pada harga RM9.00 setiap satu.
Pelanggan juga boleh membeli kit koleksi berharga RM25 yang mengandungi pemegang khas adiwira Marvel, album aksi dan empat pad penanda warna untuk melengkapi koleksi mereka.
-- BERNAMA  


No comments:

Post a Comment