Sunday, September 30, 2018

SELANG PENYENGGARAAN DILULUSKAN UNTUK SIRI CRJ BOMBARDIER

MONTREAL, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier hari ini mengumumkan bahawa Agensi Penerbangan Persekutuan (FAA) telah meluluskan peningkatan selang penyenggaraan untuk pesawat CRJ700, CRJ900 dan CRJ1000. Selang penyenggaraan baris (pemeriksaan A) dilanjutkan ke 800 jam penerbangan, manakala selang penyenggaraan intensif (pemeriksaan C) pada 8,000 jam penerbangan.

“Dengan selang penyenggaraan terpanjang dalam pasaran jet serantau, rangkaian pesawat CRJ yang boleh dipercayai dan mempunyai keupayaan pengendalian yang cemerlang terus memberikan lebih nilai kepada pengendali,” kata Charles Comtois, Ketua Program Siri CRJ, Pesawat Komersial Bombardier. “Kami berbangga kerana pengendali Siri CRJ kini mendapat manfaat daripada 14 peratus kurang hari penyenggaraan, bermakna terdapat lebih hari penerbangan yang mampu mendatangkan hasil.”

Selang penyenggaraan telah berganda sejak pelancaran rangkaian pesawat CRJ. Selang penyenggaraan baharu itu terpakai untuk pengeluaran baharu serta pesawat CRJ700, CRJ900, dan CRJ1000 yang sedang digunakan.

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11445

No comments:

Post a Comment