Friday, September 28, 2018

SIDANG MEDIA HARI RABU UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: MENGAPLIKASIKAN PENEMUAN DAN TEMA PERSIDANGAN

TORONTO, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sidang media terakhir untuk Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) ke-19 oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) telah diketuai oleh presiden bersama Natasha B. Leighl, M.D., BSc, MSc, dan Gail Darling M.D., FRCSC, yang telah menyemak hasil inovatif dalam kajian dan rawatan kanser paru-paru yang dibentangkan sepanjang persidangan. “Masa depan yang kami lihat di persidangan kelihatan cerah,” kata Dr. Darling.

Paul A. Bunn Jr., M.D.,Bahagian Onkologi Perubatan di University of Colorado telah memberikan pandangan doktor berpengalaman tentang impak abstrak yang dibentangkan tahun ini. Dengan menekankan yang kanser paru-paru adalah punca utama kematian di dunia dalam kalangan lelaki dan wanita, Dr. Bunn berkata mengelakkan dan mengesan kanser pada peringkat awal adalah langkah terbaik. Dalam komentar tentang impak peningkatan dalam kematian kanser paru-paru yang “memberangsangkan” dalam ujian NELSON terhadap pemeriksaan CT rawak, Dr. Bunn menyatakan, “Wanita di seluruh dunia yang berisiko menghidap kanser paru-paru harus menjalani pemeriksaan CT setiap tahun lebih daripada kolonoskopi atau mamografi.”

Jill Feldman, bekas pesakit dan aktivis kanser paru-paru kehilangan ibu bapa, ibu saudara dan datuk kerana kanser paru-paru. Beliau berkongsi dorongan untuk menyokong peningkatan untuk kajian dan rawatan penyakit berbahaya ini. “Apabila saya lihat abstrak-abstrak ini, saya tahu para doktor menyukainya, malah bagi pesakit ia bakal mengubah hidup mereka,” kata Feldman. “Kita mesti meneruskan usaha supaya orang lain berpeluang melihat anak mereka membesar.”

Anna Farago, M.D., Ph.D., pakar onkologi perubatan di Mass General Hospital memberikan perspektif pengamal perubatan tentang abstrak tersebut. Semasa membincangkan impak ujian PACIFIC, Dr. Farago menyatakan “Berdasarkan data penyembuhan keseluruhan yang kita lihat sebelum ujian ini dibentangkan di WCLC, saya fikir durvalumab kini telah menjadi standard penjagaan untuk sel kanser paru-paru bukan kecil Tahap III yang tidak boleh dibuang sepenuhnya melalui pembedahan selepas kemoterapi dan radiasi.”

Tentang ujian IMpower133, Dr. Farago menyimpulkan, “Standard penjagaan/terapi utama untuk sel kanser paru-paru bukan kecil tidak berubah selama 30 tahun. Ini ujian pertama yang akan menunjukkan manfaat penyembuhan yang signifikan secara klinikal.

Kajian untuk menganalisis penggunaan radioterapi toraks untuk SCLC tahap terhad

Kajian terbaru yang diketuai oleh Xiao Hu, M.D., Ph.D., Bahagian Radioterapi Toraks, Zhejiang Cancer Hospital, menunjukkan bahawa penggunaan radioterapi lapangan terlibat (IFRT) dan mendedahkan kanser paru-paru sel kecil (SCLC) tahap terhad kepada sinaran tidak menyebabkan peningkatan dalam perulangan kanser.

Walaupun gabungan kemoterapi dan radioterapi toraks (TRT) adalah penjagaan standard untuk kebanyakan pesakit SCLC, TRT yang mensasarkan banyak SCLC tahap terhad telah menerima banyak kontroversi. Sehingga kini, hanya ini kajian rawak prospektif tentang isu tersebut yang menilai TRT terhadap SCLC tahap terhad.

“Disebabkan SCLC mempunyai kemalignanan tinggi dan mudah metastasis, kemoterapi kekal menjadi asas rawatan komprehensif,” kata Dr. Hu. “Untuk pesakit yang mempunyai masalah dengan kemoterapi intravena dos penuh, ia boleh diberikan dengan selamat melalui pengurangan dos atau menggunakan kemoterapi agen tunggal atau kemoterapi oral bersama radioterapi.”

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Dr. Leighl menutup taklimat dengan pratonton penutupan hari ini, “Matlamat persidangan ini adalah untuk membantu kami mengambil hasil kajian, membawanya pulang dan mengambil tindakan berdasarkannya.”

Strim secara langsung untuk persidangan media setiap hari tersedia di sini.

Perihal WCLC

Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khusus tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 7,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 negara. Persidangan ini akan mengupas pelbagai disiplin dan mendedahkan hasil penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://wclc2018.iaslc.org/. Ikuti persidangan di media sosial dengan: #WCLC2018.

Perihal IASLC

Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang mengkhusus hanya untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. Diasaskan pada tahun 1974, ahli persatuan ini termasuk lebih daripada 7,500 orang pakar kanser paru-paru yang meliputi semua disiplin di lebih daripada 100 negara dan membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk melawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology, iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawatiwww.iaslc.org untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengikuti IASLC di TwitterFacebookLinkedIn dan Instagram

Hubungan:
Lisa Rivero
Naib Presiden
lrivero@jpa.com | +1 617-657-1305

Becky Bunn, MSc
Pengurus Hubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org | +1 720-254-9509

SUMBER : IASLC

No comments:

Post a Comment