Monday, September 24, 2018

SHARJAH MENGUMUMKAN PUSAT KHIDMAT PELABUR BERSEPADU SEPENUHNYA YANG PERTAMA

Pusat baharu itu akan menjadi sebuah pusat akses yang utama bagi pelabur global dan penting untuk meningkatkan perkhidmatan pelabur di amiriah

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam usaha untuk menyokong bakal-bakal pelabur asing mengembangkan cita-cita pertumbuhan antarabangsa mereka di Emiriah Arab Bersatu, amiriah ketiga mereka yang terbesar, Sharjah, telah mengumumkan pelancaran satu inisiatif kemudahan perniagaan yang mantap secara digital, Pusat Khidmat Pelabur.

Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180919005444/en/

Pihak berkuasa pelaburan dan pembangunan amiriah itu, Shurooq, telah bekerjasama dengan Injazat Services, untuk membangunkan kemudahan serba canggih ini bagi menawarkan satu senarai lengkap perkhidmatan perundingan perniagaan bersepadu sepenuhnya, yang akan memberi manfaat terutamanya kepada syarikat baharu di UAE.

Pejabat itu akan menjadi sebuah pusat akses utama bagi pemilik dan pelabur perniagaan global di Sharjah, dan mendapat perkhidmatan daripada kakitangan yang sangat terlatih, akan memainkan satu peranan penting di dalam memudahkan pelaburan peringkat pertengahan dan tinggi merentasi pelbagai sektor di amiriah itu.

Melalui pusat khidmat ini, pelabur akan berhubung secara terus dengan entiti pengawalseliaan amiriah itu, dan akan dapat mengakses semua jabatan yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen komersial dan menjalankan urusan rasmi lain yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah perniagaan di Sharjah, yang membolehkan ketelusan, kualiti dan kecekapan.

Pegawai-pegawai Shurooq telah berkata bahawa objektif di sebalik penubuhan pusat khidmat ini adalah untuk menambahkan daya tarikan perniagaan bagi Sharjah dengan membenarkan pelabur memanfaatkan kuasa pusat data dan maklumat yang canggih itu tanpa perlu mereka membinakannya sendiri.

No comments:

Post a Comment