Thursday, September 6, 2018

Rakyat Malaysia antara 96 peratus pengguna Asia Tenggara muat turun app pendidikan COSCOI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) – Rakyat Malaysia adalah antara 96 peratus pengguna di Asia Tenggara yang memuat turun aplikasi pendidikan untuk kanak-kanak, yang menampilkan watak-watak comel 'Go East' yang dibangunkan oleh COSCOI - sebuah syarikat pembangunan watak animasi dan kandungan digital di Korea Selatan.

Pengguna meliputi Vietnam, Indonesia dan Thailand, dengan Vietnam dan Indonesia menguasai 80 peratus daripada jumlah jualan. Aplikasi itu telah dimuat turun kira-kira 40,000 kali dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan, kata kenyataan itu.

"Saya menjangkakan aplikasi ini akan berjaya dalam pasaran global tanpa masalah berdasarkan petunjuk kukuhnya di Asia Tenggara. Kami merancang untuk melancarkan 11 lagi aplikasi pendidikan tahun ini," kata Naib Presiden COSCOI, Ja Keun Kim.

Syarikat itu baru-baru ini melancarkan aplikasi pendidikan dalam bentuk hiburan 'Go East! Coloring dan ‘Go East ! Xylophone’ sebagai sebahagian daripada siri ' COSCOI Friends 'menggunakan ' Go East '- harta intelek dalam animasi. Siri aplikasi itu diedarkan ke 135 negara.

Ia juga menandatangani kontrak bersama Zalo - aplikasi pemesejan terkemuka Vietnam - untuk membekalkan emotikon 'Go East' tidak lama lagi dan kini berunding dengan syarikat-syarikat lain di Asia Tenggara membabitkan pelesenan untuk 'Go East' dan emotikon lain.

Syarikat itu membangunkan Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih (MAS) - platform pengurusan kandungan - untuk melancarkan dan mengurus aplikasi bagi pengedaran dan penggunaan berkesan harta intelek 'Go East'.

'Go East' ialah kandungan animasi yang diadaptasikan dari 'Journey to the West' - sebuah novel klasik China abad ke-15, berkaitan pengembaraan dan eksploitasi monyet bernama Sun Wukong.

Watak-watak dalam cerita itu juga mendapat sambutan positif dalam pameran animasi, watak dan IP global termasuk LIMA 2018 di Las Vegas, Amerika Syarikat, Festival Filem Antarabangsa Beijing di Beijing, China dan Mifa 2018 di Annecy, Perancis.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di http://www.coscoi.net.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment