Thursday, November 24, 2016

SUPERIOR ESSEX INC. DAN FURUKAWA ELECTRIC CO., LTD. MENGUMUMKAN HASRAT UNTUK MEWUJUDKAN USAHA SAMA EROPAH

ATLANTA & BAD AROLSEN, Jerman & TOKYO, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Essex Magnet Wire, satu bahagian di Superior Essex Inc., dan Furukawa Electric Co., Ltd. ("Furukawa Electric") hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk satu usaha sama bagi membekalkan satu jenis baharu wayar belitan bervoltan tinggi (HVW) untuk digunakan terutamanya bagi industri automotif di seluruh Kawasan Ekonomi Eropah.
 
Usaha sama itu akan mengeluar, memasar, menjual dan mengedarkan HVW yang digunakan di dalam motor yang dipacu elektrik, alat penjana, dan reaktor untuk kenderaan automotif. Usaha ini menggabungkan sumber-sumber global dan kepakaran teknikal milik Essex Magnet Wire dan Furukawa Electric, iaitu, tenaga jualan dan operasi pembuatan Eropah Essex Magnet Wire dan teknologi Furukawa Electric yang berkaitan, di mana Furukawa Electric akan melesenkan usaha sama itu, untuk membekalkan satu jenis baharu HVW kepada pelanggan automotif di Eropah. Berpangkalan di Bad Arolsen, Jerman, usaha sama itu akan beroperasi di bawah nama Essex Furukawa Magnet Wire Europe. Walaupun Essex Magnet Wire akan menjadi pemegang saham majoriti di dalam usaha sama itu, pihak-pihak itu menjangka untuk mengendalikan usaha sama itu dalam semangat perkongsian komersial yang sebenar. Pembentukan usaha sama itu dijangka selesai pada suku pertama 2017, berikutan pelaksanaan perjanjian tetap dan penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9536

No comments:

Post a Comment