Friday, November 11, 2016

CITI LANCAR HAB PEMAJU API GLOBAL UNTUK MEMBOLEHKAN PERBANKAN TERBUKA

Citi Sertai dengan Pemaju dan Jenama Pengguna Terkemuka untuk Memacukan Inovasi  

NEW YORK, 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Citi mengumumkan pelancaran sebuah Hab Pemaju API (developer.citi.com) yang baharu bagi menyambung dengan pantas dengan pemaju dan membolehkan mereka untuk membina penyelesaian pelanggan yang berinovatif dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Platform pemaju global itu adalah satu daripada yang paling komprehensif sehingga kini di dalam industri perkhidmatan kewangan.

Pengeluaran API Citi menandakan evolusi teknologi Citi kepada seni bina terbuka, yang akan memudahkan kerjasama dan perkongsian dengan syarikat-syarikat teknologi kewangan atau FinTech dan jenama pengguna di seluruh dunia untuk memberi manfaat kepada pelanggan. Melalui Hab Pemaju API global, Citi akan memberikan pemaju akses kepada API merentasi lapan kategori penggunaan, termasuk pengurusan akaun, pembayaran rakan ke rakan, pemindahan wang kepada institusi, ganjaran Citi, pembelian pelaburan dan kebenaran akaun. Kategori tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9492

No comments:

Post a Comment