Monday, November 21, 2016

INFINERA MENJANA RANGKAIAN SKALA AWAN DENGAN PLATFORM DTN-X BAHARU

SUNNYVALE, Calif, 18 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Infinera, pembekal Rangkaian Pengangkutan Pintar, mengumumkan beberapa platform baharu di dalam Rangkaian DTN-X terbaik dalam kelasnya yang direka untuk menjana rangkaian skala awan. Dengan pengumuman ini, Infinera menyambut ketibaan seni bina Rangkaian Pengangkutan Pintar generasi akan datang yang menggabungkan teknologi skala web yang terbaik dengan teknologi gred telco yang terbaik, menghasilkan lebih daripada 50 peratus jumlah kos pemilikan (TCO) yang lebih baik daripada rangkaian konvensional. Infinera mengumumkan dua platform baharu, meshponder XT-3300 dan XT-3600, dan juga naik taraf yang ketara ke dalam platform Nod Pengangkutan Optik Paket (P-OTN) XTC-4 dan XTC-10. Infinera juga mengumumkan casis MTC-6 FlexILS dan Pemultipleks Tambah-Lepas Boleh Dikonfigurasi Semula Grid Fleksibel (FlexROADM) saluran super 20 port, elemen utama di dalam salah satu sistem talian terbuka grid fleksibel yang dilaksanakan paling meluas.

Aplikasi berasaskan awan baharu seperti Internet Perkara (IoT), Kemayaan Fungsi Rangkaian (NFV), XaaS, video dan realiti maya mendorong jumlah lebar jalur yang semakin meningkat merentasi pembekal perkhidmatan rangkaian dasar laut, jarak jauh, metro dan saling sambung pusat data (DCI). Apabila infrastruktur awan berkembang dan rangkaian berhijrah ke seni bina Lapisan T (Perkhidmatan Awan) dan Lapisan T (Pengangkutan Pintar) baharu, pembekal perkhidmatan memerlukan rangkaian Lapisan T mereka disesuaikan dengan aliran trafik baharu dan menyokong pengembangan skala keluar yang lancar. Rangkaian skala awan ini membenarkan pembekal perkhidmatan dengan cekap menangani kedua-dua keperluan sambungan linear Ethernet N x 100 gigabit (GbE) besar yang didorong oleh pengendali skala web dan juga keperluan sambungan jaringan pelbagai yang didorong oleh perusahaan telco lebih tradisional dan pelanggan kediaman. Bagi memenuhi keperluan ini, pembekal perkhidmatan memerlukan rangkaian skala awan yang:

No comments:

Post a Comment