Thursday, November 17, 2016

DEVEXPERTS MENYEPADUKAN NASDAQ BASIC UNTUK MENYAMPAIKAN PENYELESAIAN DATA PASARAN AS ATAS PERMINTAAN DAN KOS EFEKTIF KEPADA PASARAN ANTARABANGSA

Penyepaduan Nasdaq Basic ke dalam API atas permintaan global dxFeed menawarkan pekhidmatan data masa nyata dan sejarah AS yang mampu milik bagi pasaran antarabangsa

MUNICH, Jerman dan NEW YORK, 16 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --Devexperts GmbH yang berpangkalan di Munich, pembangun platform perdagangan runcit dan institusi profesional yang paling berjaya bagi pasaran kewangan dan salah satu daripada pembekal infrastruktur data kewangan berasaskan awan yang terbesar di Amerika Syarikat, hari ini mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan Nasdaq bagi menyampaikan perkhidmatan data masa nyata dan sejarah atas permintaan, berasaskan API dan berkualiti tinggi. Penyelesaian tersebut bermatlamat untuk membekalkan penyelesaian data kos efektif kepada bilangan pelabur runcit dan institusi antarabangsa yang semakin meningkat yang berminat dalam penentuan harga dan maklumat perdagangan mengenai ekuiti AS. Pelanggan Devexperts akan dapat memperoleh data, idea dan pemberitahuan stok masa nyata paling tepat yang tersedia, disampaikan terus ke peranti algo, platform perdagangan, aplikasi berasaskan web, aplikasi perisian atau peranti mudah alih mereka melalui API yang sangat mudah untuk digunakan. Pelanggan akan memperoleh manfaat daripada kumpulan mudah tunai tunggal terbesar dengan liputan pasaran lengkap bagi ekuiti penyenaraian tunai dan kualiti data tertinggi yang boleh didapati di dalam pasaran melalui Nasdaq Basic iaitu salah satu penyelesaian data pasaran paling terkenal dan terkemuka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9505

No comments:

Post a Comment