Tuesday, November 8, 2016

“MERCK MORE THAN A MOTHER” TANGANI CABARAN DAN PENYELESAIAN KETIDAKSUBURAN DI AFRIKA DENGAN KERJASAMA IFFS

NEW DELHI, India, 7 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Merck (http://www.MerckGroup.com), sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, menerusi program "Merck More than a Mother" (www.MerckMoreThanaMother.com) dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Kesuburan (IFFS) telah menubuhkan sebuah panel bagi menangani cabaran dan penyelesaian masalah ketidaksuburan di Afrika semasa Kongres Sedunia IFFS yang berlangsung di New Delhi, India. Para menteri, ahli parlimen dan pakar kesuburan global menekankan kekurangan akses kepada penjagaan kesuburan yang terkawal dan kesedaran mengenai pengurusan ketidaksuburan serta stigma wanita tidak subur sebagai cabaran utama.

Panel tersebut menyokong penambahbaikan akses kepada penjagaan kesuburan yang terkawal dengan membangunkan undang-undang ART; memperkasa wanita tidak subur melalui pendidikan dan maklumat; melatih pakar embrio dan menghapuskan stigma ketidaksuburan bagi mewujudkan anjakan budaya dan perubahan pemikiran.

No comments:

Post a Comment