Thursday, November 24, 2016

KENYATAAN MEDIA DIALOG KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA: “AGAMA DAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA”

SARAWAK, 24 Nov (Bernama) -- Satu Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama yang bertemakan “Agama dan Perubahan Iklim Dunia” anjuran bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah diadakan dalam usaha membina kesedaran kepada golongan belia khususnya berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam serta bagaimana menghadapi kesan perubahan iklim hari ini.  Dialog ini juga memberi satu gambaran yang baik tentang usaha pelbagai pihak untuk membina keharmonian dan perpaduan di antara masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.
 
Perubahan iklim dan cuaca keterlaluan telah mengakibatkan bencana alam antaranya banjir, tanah runtuh, kemarau, kenaikan paras laut, kebakaran hutan dan jerebu, di samping memberi kesan ke atas keselamatan dan kesihatan manusia serta menggugat ekonomi negara.  Kesan perubahan iklim dunia dan peningkatan suhu global sememangnya dihadapi oleh semua umat sejagat kini termasuk kemusnahan ekosistem yang menjadi sumber makananan yang memberi impak kepada kesinambungan hampir semua kehidupan.  Antara penyumbang utama kepada perubahan iklim dunia yang berlaku hari ini adalah disebabkan oleh kerakusan manusia memusnahkan alam sekitar, kewujudan industri atas nama pembangunan yang telah menyumbang kepada peningkatan suhu global serta ketidakcekapan manusia menggunakan sumber asli yang dianugerahkan oleh Tuhan.  Ini telah menyumbang kepada perubahan iklim yang amat ketara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9535

No comments:

Post a Comment