Monday, November 7, 2016

SILVER SPRING NETWORKS MEMPERLUASKAN KERJASAMA DENGAN SINGAPORE POWER UNTUK MENEMPATKAN PLATFORM IOT BAGI UTILITI PINTAR TAMBAHAN DAN APLIKASI NEGARA PINTAR

Silver Spring akan Mewujudkan Ibu Pejabat Serantau di Singapura ketika Penerimaan Teknologi IoT berkembang ke Seluruh Pasaran Asia Pasifik

SAN JOSE, Calif. & SINGAPURA, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Silver Spring Networks, Inc. (NYSE: SSNI) hari ini mengumumkan perjanjiannya dengan Singapore Power untuk memperluaskan penggunaan Singapore Power dan aplikasi platform rangkaian jaring tanpa wayar mereka yang sedia ada di seluruh Singapura. Singapore Power, yang menyediakan bekalan elektrik kepada 1.4 juta rumah dan perniagaan di pulau itu, merancang untuk memanfaatkan penggunaan AMI mereka untuk menghubungkan tambahan 200,000 pelanggan elektrik kediaman. Platform IPv6 pelbagai aplikasi oleh Silver Spring akan diperluaskan untuk membantu Singapore Power meningkatkan kecekapan operasi mereka, memberi lebih banyak perkhidmatan pemeteran lebih maju kepada pelanggan dan bagi Singapore Power membangunkan sebuah platform data digital dan Internet untuk Segala-galanya (IoT). Usaha sama itu akan menyokong matlamat ‘Negara Pintar' Singapura dengan memanfaatkan IoT untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan, pembangunan ekonomi dan kualiti hidup bagi rakyatnya.

Silver Spring juga telah mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Singapore Power ke atas pelbagai produk dan aktiviti pembangunan pasaran, dengan hasrat untuk mendedahkan kreativiti inovasi IoT bagi institusi komersil dan akademik Singapura. Dalam menyokong kerjasama mereka dengan Singapore Power — dan untuk membantu memanfaatkan ke atas peluang-peluang IoT di rantau itu — Silver Spring bercadang menubuhkan ibu pejabatnya bagi  Asia Pasifik di Singapura.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9471

No comments:

Post a Comment