Monday, November 21, 2016

SATU LAPORAN YANG DITERBITKAN OLEH AKADEMI SAINS SOSIAL CHINA MENYATAKAN YANJI ADALAH HAB BAHARU BAGI PELABURAN DI TIMUR LAUT ASIA

YANJI, China, 21 Nov., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Yanji telah menjadi satu daripada bandar raya yang paling popular di dalam menarik pelaburan di rantau Timur Laut Asia. Kejayaan ini telah dibuat melalui usaha berterusan di dalam membangunkan sektor perkhidmatan, mengoptimumkan struktur industri dan mempercepatkan kadar pembukaan. Sementara itu, ia telah menerokai satu cara yang lebih baik bagi bandar raya bersaiz kecil dan sederhana untuk berkembang.

Satu laporan yang diterbitkan baru-baru ini oleh Akademi Sains Sosial China menyatakan bahawa Yanji telah menjadi satu-satunya bandar raya di Timur Laut China yang diberi penghormatan dengan kedua-dua "100 Bandar Raya/ Negara Utama Kebangsaan dengan Potensi Pelaburan" dan "100 Bandar Raya/ Negara Utama Kebangsaan dengan Daya Saing Komprehensif di dalam Ekonomi". Ini melambangkan bahawa Yanji telah menjadi sebuah pemacu yang semakin mantap di dalam memimpin dan menyokong pembangunan ekonomi di kawasan pedalaman Timur Laut Asia.


No comments:

Post a Comment