Friday, November 18, 2016

BROADSOFT PERKENAL TEAM-ONE UNTUK KOLABORASI PERNIAGAAN

Team-One menawarkan ruang kerja tunggal dan berterusan yang menggabungkan pemesejan yang berpusatkan pasukan dengan komunikasi bersatu dan kepintaran mengikut konteks

GAITHERSBURG, Md., Nov 17  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc.  (NASDAQ:BSFT), perisian komunikasi bersatu global sebagai peneraju perkhidmatan (UCaaS) hari ini mengumumkan pelancaran BroadSoft Team-One - aplikasi komunikasi dan kolaborasi semua dalam satu yang menggabungkan ciri-ciri pemesejan yang berpusatkan pasukan dengan komunikasi disatukan seperti klik untuk memanggil dan mesyuarat secara langsung. Dengan Team-One, pasukan dan individu boleh menjadi lebih produktif dengan ruang kerja tunggal dan berterusan di mana semua kerja pasukan dan aplikasi berada dalam satu tempat.

Aplikasi pemesejan hari ini menguruskan satu aspek kerja sahaja – komunikasi, tugas, atau kandungan – menyebabkan pasukan terputus daripada perbualan kerja masa nyata atau memisahkan mereka daripada aliran kandungan dan maklumat kerja. Team-One membezakan dirinya daripada aplikasi pemesejan perusahaan hari ini melalui penyepaduan UC dan kepintaran mengikut konteks, jadi semua tugas, projek, fail, mesej dan nota yang diperlukan oleh pengguna berada dalam satu tempat, bersama-sama dengan persidangan video, klik untuk memanggil, perkongsian skrin dan penyepaduan dengan senarai aplikasi perniagaan yang semakin berkembang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9512

No comments:

Post a Comment