Friday, November 11, 2016

GREENE, TWEED TAWARKAN PESANAN YANG PANTAS, CEKAP BAGI PRODUK-PRODUK STANDARD

KULPSVILLE, Pa., 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk sekian lamanya, Greene, Tweed telah menawarkan penyelesaian bahan tampal yang paling maju di dalam pasaran tenaga huluan dan hiliran. Bahan tampal kami yang berinovatif -- menggunakan bahan proprietari kami seperti Arlon® and Chemraz® -- boleh digunakan walaupun dalam aplikasi yang paling kasar, dan dapat menahan tekanan sehingga 30,000 psi dan suhu di antara di bawah sifar sehingga 500°F (260°C).

Pelanggan Greene, Tweed bergantung kepada kepakaran kejuruteraan kami yang tidak dapat ditandingi untuk membangunkan penyelesaian yang disesuaikan dengan keperluan mereka yang unik. Walau bagaimanapun, kami menyedari bahawa pelanggan kami juga memerlukan akses yang pantas dan boleh dipercayai untuk bahan tampal tertentu mereka yang paling kerap digunakan. Itulah sebabnya kenapa Greene, Tweed bakal memperkenalkan tiga katalog baharu bagi penyelesaian bahan tampal standard:

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9491

No comments:

Post a Comment