Monday, November 21, 2016

OPTICS BALZERS KINI MENGHASIKAN PRODUK DI MALAYSIA

Pengeluaran untuk perniagaan di Asia bermula di tapak baharu
 
BALZERS, Liechtenstein, 21 Nov -- (Bernama-BUSINESS WIRE) --Perniagaan di Asia semakin pesat membangun; Optics Balzers telah mewujudkan kemudahan pengeluaran di tapak baharu di Malaysia seperti yang dijadualkan dan telah memulakan pelaksanaan ujian pertama. Pembukaan rasmi dijadualkan pada 21 November, 2016.

Pada awal September, Optics Balzers telah mula mewujudkan pengeluaran dengan kira-kira 30 pekerja baharu di Pulau Pinang, yang terletak di pantai barat Malaysia. Menurut Alex Vogt, Ketua Pegawai Eksekutif Optics Balzers, ia menjadi semakin jelas bahawa keputusan strategik untuk mewujudkan sebuah tapak pengeluaran baharu di Malaysia adalah sesuatu yang baik: "Terdapat pelbagai pertanyaan mengenai projek-projek pengeluaran berkuantiti tinggi daripada bakal-bakal pelanggan di Asia, dan ini menghasilkan di dalam pesanan sebenar dengan kadar yang cepat." Vogt tidak sabar untuk menanti majlis pembukaan rasmi, yang akan termasuk ucapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang merupakan ketua kerajaan negeri Pulau Pinang. Semasa sambutan pada 18 November 2016, Vogt dan pasukannya akan menyediakan lawatan ke tapak kemudahan pengeluaran dan produk masa sekarang di bilik pameran. Satu majlis sambutan dan tarian naga tradisional akan mengakhiri majlis itu.


No comments:

Post a Comment