Friday, November 18, 2016

KUMPULAN OMNIMEDIA YANG PERTAMA DI CHINA - GUANGDONG SOUTHERN FINANCE DAN KUMPULAN OMNIMEDIA EKONOMI DITUBUHKAN DI GUANGDONG

GUANGZHOU, China, 18 Nov., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 17 November, satu upacara membuka tirai bagi Guangdong Southern Finance dan Kumpulan Omnimedia Ekonomi telah diadakan di Guangzhou, sekali gus menandakan penubuhan rasmi kumpulan Omnimedia yang pertama di China.

Ia dilaporkan bahawa Guangdong Southern Finance dan Kumpulan Omnimedia Ekonomi yang baharu ditubuhkan itu mengintegrasikan sumber-sumber kewangan premium dan media ekonomi serta aset yang produktif bagi Kumpulan Media Nanfang dan Stesen Radio dan Televisyen Guangdong. Dengan strategi media bersilang, institusi bersilang dan format bersilang, kumpulan itu mengambil "media", "data" dan "urus niaga" sebagai perniagaan teras mereka dan akan berusaha untuk membangunkan diri mereka menjadi satu model transformasi media.


No comments:

Post a Comment