Wednesday, November 30, 2016

PBS Jalin Kerjasama Dengan KCSB Adakan Program MBA-SAP

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Putra Business School (PBS) Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan Knowledgecom Corporation Sdn Bhd (KCSB) untuk mengendalikan program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Awam) dan pensijilan SAP.

PBS dalam satu kenyataan di sini semalam berkata kerjasama itu dicapai menerusi Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama yang ditandatangani PBS dan KCSB pada 24 Nov lalu.

"KCSB ialah syarikat khusus bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui latihan dan mentauliahkan pelajar universiti awam dan swasta serta graduan baharu.

"Sementara itu, SAP pula adalah pemimpin penyelesaian perniagaan di dunia dan bertapak di lebih 50 negara," kata kenyataan itu.

PBS menerima akreditasi berprestij Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) pada 2012.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment