Wednesday, November 9, 2016

FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO KE-29 "ANUGERAH SEMANGAT ASIA OLEH PUSAT ASIA YAYASAN JEPUN" DIMENANGI OLEH "LIPSTICK UNDER MY BURKHA" ARAHAN ALANKRITA SHRIVASTAVA DARI INDIA

TOKYO, 7 Nov (Bernama) -- 


Semasa satu majlis penutupan pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-29 (TIFF) pada 3 November, "Lipstick Under My Burkha," yang diarah oleh Alankrita Shrivastava dari India, telah memenangi "Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun." Anugerah itu diberikan kepada seseorang pengarah berbakat di dalam seksyen Masa Depan Asia TIFF, yang dipilih oleh tiga anggota juri kerana peluangnya untuk berjaya di peringkat antarabangsa yang menjangkau di luar sempadan budaya dan nasional. Ketika menerima anugerah beliau dari Hiroyasu Ando, ​​Presiden Yayasan Jepun, pengarah muda India itu melahirkan rasa terima kasih kepada kedua-dua TIFF dan pengeluar filem beliau, dan berkata, "Saya benar-benar percaya bahawa semangat Asia itu adalah semangat keamanan dunia merentasi kesemua negara. Dan saya benar-benar merasakan bahawa kaum wanita di Asia, khususnya, perlu berganding bersama-sama untuk membina sebuah Asia yang lebih aman dan dunia yang aman."

(Foto 1: Pengarah Alankrita Shrivastava, pemenang bagi "Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun" (C) 2016 TIFF
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI1fl_728RF2O9.JPG)

(Foto 2: Dari kiri: Hiroyasu Ando, Presiden Yayasan Jepun, Pengarah Alankrita Shrivastava dan Penerbit Plabita Borthakur (C) 2016 TIFF
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI2fl_wVz037VO.JPG)

(Foto 3: Kesemua pemenang pada TIFF ke-29 (C) 2016 TIFF
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI3fl_GF8xwK8v.JPG)

(Foto 4: Sidang Akhbar "Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections" (pengarah dan pelakon) (C) 2016 TIFF
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI4fl_0a4E77up.jpg)

(Foto 5: CROSSCUT ASIA #03: Simposium Indonesia Berwarna-warni (C) 2016 TIFF http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI5fl_VG9O8gHZ.JPG)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9480

No comments:

Post a Comment