Thursday, November 24, 2016

PROGRAM LALUAN KHAS UNTUK MENJADI PELADANG BERTAULIAH KEPADA AGEN PELAWAT DAN PENASIHAT LADANG, EKSKLUSIF OLEH IIPM

SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Permintaan keseluruhan ke atas tanaman untuk semua kegunaan dijangka akan meningkat sebanyak 84% dari tahun 2000 ke tahun 2050, didorong oleh pertumbuhan pendapatan dan bahanapi bio yang akan menyebabkan peningkatan pengeluaran tanaman sebanyak 86%. Menjelang 2050, untuk memenuhi permintaan populasi dan peningkatan penggunaan sebanyak 265%, pengeluaran minyak sawit perlu ditingkatkan sebanyak 265%, dan stok minyak sawit dinaikkan sebanyak 76% (John Kruse, FAO, 2010).
 
Minyak sawit akan terus ada permintaan seiring dengan pertambahan penduduk, yang dijangka akan mencapai jumlah 9 bilion pada tahun 2050 berbanding dengan jumlah 7 bilion sekarang. Walaupun terdapat ketidakpastian mengenai hasil dan kelestariannya, menjelang tahun 2030 keperluan kepada minyak sayuran dijangka akan mencapai 161 juta tan setahun (Yusof Basiron, 2012). Sementara itu, permintaan kepada getah asli mungkin akan meningkat kepada 16 juta tan di dalam tahun 2020, satu peningkatan sebanyak 39% berbanding dari 12 juta tan pada tahun 2013 (IRSG 2012). Perangkaan ini menandakan keperluan segera untuk perancangan teliti, penggubalan dasar-dasar yang bijak, dan pelaksanaannya. 


No comments:

Post a Comment