Saturday, November 12, 2016

CDC HULURKAN BANTUAN KEPADA HOSPITAL SULTANAH AMINAH

PETALING JAYA, 11 Nov (Bernama) -- Johor Bahru telah digemparkan dengan berita kebakaran yang berlaku pada 25 Oktober 2016 di Hospital Sultanah Aminah (HAS). Tragedi tersebut telah mengakibatkan 80 peratus ruang di Unit Rawatan Rapi (ICU) musnah, enam pesakit dilaporkan maut dan lebih 20 kakitangan hospital cedera.

Keperihatinan orang awam dan syarikat korporat jelas terpancar apabila ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan susulan tragedi kebakaran tersebut. Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC), pembangun sistem perolehan elektronik untuk Kerajaan Malaysia (ePerolehan) antara syarikat korporat yang bertindak segera dengan mengambil inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) terhadap HSA yang merupakan pengguna sistem ePerolehan yang aktif untuk pembelian bekalan dan perkhidmatan perubatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9490

No comments:

Post a Comment