Thursday, November 17, 2016

BROADSOFT MEMPERKENALKAN PERISIAN PUSAT PANGGILAN SEBAGAI PERKHIDMATAN BERASASKAN ANALISIS

GAITHERSBURG, Md., Nov 16 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju komunikasi disatukan global sebagai perkhidmatan (UCaaS), hari ini mengumumkan pelancaran CC-One, satu penyelesaian bersepadu untuk operasi pusat panggilan.

CC-One ialah penyelesaian pusat panggilan berasaskan awan, omni-saluran (suara, e-mel, sembang dan sosial) yang membolehkan perniagaan mewujudkan pengalaman khidmat pelanggan yang hebat, menawarkan penghijrahan lancar dari sistem legasi kepada penyelesaian didorong analisis yang betul-betul disatukan. CC-One menawarkan platform awan terbukti yang boleh dioptimumkan untuk perniagaan daripada semua saiz, daripada SMB ke multinasional dan operator pusat panggilan berbilang tapak.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9508

No comments:

Post a Comment