Wednesday, November 30, 2016

KAJIAN NATIONAL STUDY GROUP MENGENAI NILAI PGA DAN SEISMIC ZONING MAP DIPERSETUJUI DIBINCANGKAN DI PERINGKAT JAWATANKUASA TEKNIKAL : PEMBANGUNAN MALAYSIAN STANDARD (MS) BERKENAAN GEMPA BUMI DI SABAH

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) --  Hasil kajian oleh National Study Groupmengenai nilai Peak Ground Acceleration (PGA) dan Seismic Zoning Map secara dasarnya dipersetujui oleh Mesyuarat Meja Bulat  Pembangunan Malaysian Standard (MS) Berkenaan Gempa Bumi Sabah untuk bincangkan di peringkat jawatankuasa teknikal yang dianggotai para pakar pelbagai bidang. 


Kajian dibentangkan oleh Prof. Dr. Azlan Adnan, Universiti Teknologi Malaysia dan Prof. Dr. Felix Tongkul, Universiti Malaysia Sabah sebagai input bagi memuktamadkan draf National Annex to Malaysian Standard (MS) EN 1998-1 Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance - Part 1: General Rules, Seismic Actions and Rules for Building. Sesi ulasan awam bagi kali kedua akan dibuka setelah draf standard tersebut dipersetujui secara kolektif oleh kumpulan pakar tersebut.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan mesyuarat meja bulat ini bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu dengan tujuan utama untuk memberi penerangan berkenaan status terkini pembangunan MS berkenaan gempa bumi. Selain daripada  itu, ianya adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, industri, badan profesional dan ahli akademik terutamanya mengenai nilai PGA yang akan digunakan di Sabah. 

No comments:

Post a Comment