Tuesday, November 29, 2016

PBS JALIN KERJASAMA DENGAN KCSB ADAKAN PROGRAM MBA-SAP

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Putra Business School (PBS) Universiti
Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan Knowledgecom Corporation Sdn Bhd (KCSB)
untuk mengendalikan program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan
Awam) dan pensijilan SAP.
    PBS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kerjasama itu dicapai
menerusi Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama yang ditandatangani PBS dan KCSB
pada 24 Nov lalu. 
    "KCSB ialah syarikat khusus bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja
melalui latihan dan mentauliahkan pelajar universiti awam dan swasta serta
graduan baharu.
    "Sementara itu, SAP pula adalah pemimpin penyelesaian perniagaan di dunia
dan bertapak di lebih 50 negara," kata kenyataan itu.
    PBS menerima akreditasi berprestij Association to Advance Collegiate Schools
of Business (AACSB) pada 2012. 

    -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment