Friday, November 6, 2020

ZYNGA MENGUMUMKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KETIGA 2020

 Melaporkan Pendapatan dan Tempahan Suku Tahun Paling Tinggi dalam Sejarah Zynga


Menjanakan Aliran Tunai Operasi Suku Ketiga yang Terbaik

Meningkatkan Panduan Tahun Penuh 2020

Berada pada Kedudukan yang Unik untuk menjadi sebuah Pemimpin Pertumbuhan Hiburan Interaktif pada tahun 2021 dan Seterusnya

SAN FRANCISCO, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan mereka untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September, 2020 dengan memaparkan Surat Perolehan Suku Tahunan pengurusan untuk Suku Ketiga 2020 ke laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahunan yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results untuk mengakses surat itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201104005051/en/

“Kami menyampaikan keputusan yang kukuh pada suku ketiga, di hadapan panduan merentasi semua langkah-langkah kewangan utama, termasuk pendapatan dan tempahan suku tahunan kami yang paling tinggi dan aliran tunai operasi suku ketiga yang terbaik. Pelaksanaan strategi pertumbuhan pelbagai tahun kami telah memacukan hasil kami yang luar biasa sehingga kini dan menjanakan momentum yang positif merentasi ke seluruh perkhidmatan langsung dan perniagaan kami,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Memperluaskan kekuatan kami di dalam perkhidmatan langsung, kami telah baru-baru ini melancarkan satu daripada francais utama kami Harry Potter: Puzzles & Spells ke paparan global dan ulasan pemain yang positif dan memeterai pemerolehan kami ke atas Rollic pada 1 Oktober – menandakan kemasukan kami ke dalam kategori permainan hiper kasual, pertumbuhan tinggi. Hari ini, kami meningkatkan panduan tahun penuh 2020 dan berada pada kedudukan yang unik untuk menjadi sebuah pemimpin pertumbuhan hiburan interaktif pada tahun 2021 dan seterusnya.”

Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik (5:00 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan mengenai pencapaian syarikat itu. Pertanyaan boleh diajukan semasa panggilan persidangan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak mungkin pertanyaan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13945

No comments:

Post a Comment