Sunday, November 8, 2020

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KETIGA 2020

 • EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun ketiga 2020 masing-masing $1.36 dan $1.77 berbanding masing-masing $1.47 dan $1.86 pada suku tahun ketiga 2019

• EPS yang dilaporkan dan dilaraskan bagi tempoh dari permulaan tahun 2020 hingga kini masing-masing $3.45 dan $4.50 berbanding masing-masing $4.51 dan $5.06 pada tempoh setahun yang lalu

• Syarikat menjangka akan meningkatkan pelaburannya dalam Verdient Foods Inc. dengan memperoleh 100% pemilikan, lantas meluaskan lagi portfolio protein berasaskan tumbuhannya

WESTCHESTER, Ill., 6 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global pembekal penyelesaian bahan kepada industri pembuatan makanan dan minuman ini melaporkan hasil bagi suku ketiga tahun 2020 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Kami berpuas hati dengan pelaksanaan operasi dan prestasi kewangan kami bagi suku ketiga tahun ini. Kami mengalami peningkatan berturutan sepanjang suku kedua tahun 2020 dari segi permintaan pelanggan merentasi keempat-empat rantau kami dengan dipacu oleh aktiviti pengguna yang meningkat sebagai tindak balas terhadap pelonggaran sekatan COVID-19,” ujar Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion. “Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan meningkat sebanyak masing-masing 35% dan 41%, daripada suku tahun kedua. Fokus kami terhadap penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dan pelaksanaan operasi membolehkan kami mencapai pertumbuhan keuntungan tahun demi tahun di kebanyakan rantau kami.”

“Sambil kami terus mengemudi persekitaran ekonomi yang berbeza di seluruh dunia, kami tetap memfokus terhadap ketahanan tenaga kerja kami, tanggungjawab kepada komuniti tempat kami beroperasi dan memastikan kesinambungan perniagaan bagi pelanggan kami. Pasukan kami menonjolkan ketangkasan dan kreativiti yang hebat untuk memajukan strategi pasaran pilihan dengan pelanggan dan saya begitu berbangga dengan mereka. Sebagai sebahagian daripada cara baharu bekerja, kami memanfaatkan bentuk kerjasama digital yang baharu untuk berhubung, berinovasi dan mencipta bersama dengan pelanggan kami. Di seluruh dunia, kami memindahkan Idea Labs kami ke studio interaktif maya untuk membawa proses inovasi kepada pelanggan kami, di mana-mana jua mereka berada,” sambung Zallie.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13948

No comments:

Post a Comment