Saturday, November 14, 2020

EKSPO INDUSTRI JENTERA MERENTAS SELAT LONGYAN KE-11 & PAMERAN PROJEK PELABURAN KE-13 (EKSPO JENTERA & PAMERAN PELABURAN) TELAH BERLANGSUNG

LONGYAN, China, 13 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Ekspo Jentera & Pameran Pelaburan telah berlangsung di Longyan, Wilayah Fujian pada 8 November. Acara itu telah dianjurkan oleh Persekutuan Industri Jentera China, dan disokong oleh Dewan Perdagangan Antarabangsa China, Taiwan, Hong Kong dan Pejabat Hal Ehwal Macau bagi Wilayah Fujian, Jabatan Wilayah Fujian bagi Industri dan Teknologi Maklumat, Jabatan Wilayah Fujian bagi Perdagangan dan pelbagai dewan perdagangan dan persatuan lain di Taiwan, menurut Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Longyan.

Dengan bertemakan ‘Kerjasama Merentas Selat untuk Laluan Pembangunan yang Sama Menang’, acara itu telah dibimbing oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Dewan Negeri dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian. Ia telah berlangsung di Pusat Konvensyen Longyan dari 8 hingga 10 November. Pameran itu meliputi kawasan seluas 30,000 meter persegi, dibahagikan kepada enam kawasan pameran - Pembangunan Industri, Jentera Kejuruteraan dan Perlindungan Alam Sekitar, Kenderaan Khas dan Peralatan Kecemasan, Jentera Taiwan, Pembuatan Pintar, dan Aksesori. Sebanyak 623 pempamer telah memperagakan lebih daripada 600 jentera pembinaan, mesin sanitasi persekitaran, kenderaan khas, barang-barang peralatan ketenteraan-awam, peralatan kecemasan, dan peralatan pembuatan pintar, serta lebih daripada 5,000 instrumen, peralatan, bahagian fungsian dan aksesori.

Acara ini juga termasuk lebih daripada 20 sesi dan aktiviti, seperti Forum Kemuncak Pembangunan Industri, Persidangan Internet sulung bagi Longyan & Mesyuarat Projek Pembangunan Industri Digital Longyan 2020, Forum Keusahawanan dan Pekerjaan Belia Merentas Selat (Longyan) dengan bertemakan, Berhasrat untuk Membangun dan Memudahkan Integrasi, Forum Pembangunan bagi Pembiayaan Inklusif dan Penyatuan bagi Keusahawanan, Inovasi, dan Modal Usaha Niaga, Mesyuarat Promosi Platform Pengujian Kenderaan Khas Longyan 2020, Mesyuarat Dalam Talian Rusia-Fujian untuk Perdagangan Bahagian Auto, dan kajian pelaburan lain dan aktiviti pameran perdagangan.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Longyan

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13977

No comments:

Post a Comment