Thursday, November 19, 2020

ANUGERAH PERKHIDMATAN JONATHAN B. POSTEL YANG BERPRESTIJ DISAMPAIKAN KEPADA ONNO W. PURBO

Anugerah memberi penghormatan kepada pemimpin berwawasan untuk memperluaskan akses Internet di Indonesia


BANGKOK, 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Internet Society, sebuah organisasi global yang tidak mencari untung yang menggalakkan pengembangan dan penggunaan sebuah Internet yang terbuka, bersambung di seluruh dunia, dan dijamin selamat, hari ini menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Jonathan B. Postel yang berprestij kepada Onno W. Purbo di atas sumbangan teknikal, kepimpinan dan perkhidmatan beliau yang berterusan dan cukup besar kepada komuniti Internet global.

Dinamakan sebagai menghormati legenda komuniti teknikal Jonathan Postel, anugerah ini mengiktiraf manusia luar biasa seperti Encik Purbo yang telah mengabdikan diri kepada pembangunan, pertumbuhan dan kekuatan teknologi Internet.

Dikenali sebagai “Pembebas Internet Indonesia,” Encik Purbo adalah seorang penyokong Internet yang prolifik dan diterbitkan dengan baik yang telah memainkan satu peranan penting di dalam mendemokrasikan akses Internet, menjadikannya lebih mampu dimiliki terutama di kawasan pedalaman Indonesia.

“Sumbangan Encik Purbo kepada sektor digital adalah tidak ternilai dan anugerah ini menandakan apa yang telah beliau capai dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencapainya. Inisiatif beliau bagi akses Internet yang penuh bermakna dan Rangkaian Komuniti telah menanamkan pertumbuhan bukan sahaja Internet yang mampu dimiliki tetapi boleh diakses di pelbagai kawasan di seluruh Indonesia. Saya yakin anugerah ini akan memberi semangat kepada orang lain untuk berinovasi dan mengikuti jejak langkah beliau dan mengatasi cabaran di dalam komuniti mereka terutama dalam meningkatkan pendigitalan,” kata Johnny Plate, Menteri bagi Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia.

Daripada begitu banyak pencapaian beliau, Encik Purbo adalah paling terkenal kerana mempelopori Internet di Indonesia melalui penggunaan teknologi tanpa wayar dan Protokol Suara melalui Internet yang canggih. Beliau telah mengetuai penyambungan Internet yang pertama di Institut Teknologi di Bandung dan menggunakannya untuk membangunkan jaringan pendidikan Indonesia yang pertama. Beliau juga telah memperjuangkan pembatalan kawal selia bagi frekuensi Wi-Fi dan memperkenalkan kafe siber, jaringan kejiranan, dan jaringan selular komuniti ke Indonesia. Encik Purbo telah menganjurkan rangkaian telefoni komuniti yang pertama melalui Internet dan mengetuai pengenalan semula ICT ke dalam kurikulum sekolah menengah Indonesia. Pada masa ini, beliau terlibat di dalam perkhidmatan e-Pembelajaran PERCUMA terbesar di Indonesia, yang telah membawa lebih dari 700 kursus kepada hampir 40,000 peserta dan melatih lebih 8,000 guru mengenai operasi e-pembelajaran.

“Adalah merupakan satu penghormatan untuk menerima penghargaan paling tinggi dan tak ternilai itu yang diberikan kepada Indonesia dari komuniti Internet,” kata Encik Purbo. “Dengan alat dan kelengkapan mudah, tersedia yang diubah suai, seseorang dapat memenuhi hak untuk mengakses maklumat dan pengetahuan, yang merupakan asas yang diperlukan bagi mana-mana negara untuk terus maju. Internet Society telah mengakui bahawa pendekatan itu adalah satu jalan yang tepat ke arah Internet untuk semua. Tugas itu sememangnya belum selesai. Anugerah Perkhidmatan Postel itu menjelaskan berhubung perjalanan untuk kita semua dan memberikan inspirasi yang luar biasa untuk bergerak ke arah sebuah masyarakat yang berasaskan pengetahuan.”

Encik Purbo telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa terkemuka yang terdiri daripada bekas pemenang anugerah Jonathan B. Postel, yang termasuk mereka yang berwawasan dan tokoh dalam perundangan Internet. Kini dalam tahun ke-21, Anugerah Postel itu diwujudkan pada tahun 1999 oleh Internet Society untuk menghargai individu dan organisasi yang, melalui usaha mereka, merangkumkan semangat Jonathan Postel, yang pengaruh teknikalnya dapat dilihat pada teras bagi kebanyakan protokol yang menjadikan Internet itu berfungsi. Andrew Sullivan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Internet Society, akan menyampaikan anugerah itu, yang termasuk satu honorarium bernilai AS$20,000 dan sebuah glob yang diukir dari kristal, pada satu upacara maya sebagai sebahagian daripada Mesyuarat Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (IETF) ke-109 yang berlangsung pada 16 hingga 20 November, 2020.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13997

No comments:

Post a Comment