Wednesday, November 25, 2020

MILLA GROUP MEMILIH LEDDAR PIXELL DARIPADA LEDDARTECH UNTUK KENDERAAN ULANG-ALIK BERAUTONOMI MILLA POD

 QUEBEC CITY, 25 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam teknologi penderiaan AD dan ADAS Tahap 1-5, berbangga kerana dipilih oleh MILLA Group sebagai pembekal penderia LiDAR kokun mereka. MILLA Group telah memilih Leddar™ Pixell yang telah memenangi anugerah sebagai LiDAR hujung depan untuk kenderaan ulang-alik berautonomi MILLA POD miliknya.


Leddar Pixell merupakan LiDAR berkeadaan pepejal yang paling kukuh dalam pasaran. Penderia ini memberikan medan penglihatan (FoV) mengufuk 180 darjah dan boleh menawarkan perlindungan 360 darjah pada kenderaan apabila empat modul digunakan. Leddar Pixell menawarkan rintangan kejutan dan getaran yang terbaik dalam kelasnya, memenuhi keperluan ISO 16750-3 dan mematuhi standard SAE J1455 untuk penerobosan debu tebal dan menempatkan Leddar Pixell untuk digunakan dalam pasaran kenderaan industri yang memerlukan keteguhan dan ketahanan. Selain itu, Leddar Pixell juga diperakui IP67 dan memberikan MTBF lebih daripada 148,000 jam, yang setara dengan sepuluh kali penyelesaian imbasan. Leddar Pixell sesuai untuk kenderaan ulang-alik, teksi robot, ADV dan kenderaan luar jalan lain yang digunakan dalam pembinaan, pertanian dan perlombongan.

“MILLA telah mendapatkan perkhidmatan LeddarTech pada Leddar Pixell yang kukuh untuk MILLA POD kami. POD ini merupakan kenderaan berautonomi inovatif yang telah dikerahkan di seluruh Eropah dan Amerika Utara,” kata Éric Gendarme, Pengarah urusan MILLA Group. “Perubahan radikal yang kami laksanakan dalam POD berkaitan reka bentuk dapat disesuaikan dengan baik kepada Leddar Pixell; LiDAR ini membolehkan kami mempunyai pandangan medan 180 darjah, yang meningkatkan keselamatan dan kebolehharapan keseluruhan kenderaan ulang-alik berautonomi kami. En. Gendarme meneruskan: “MILLA POD yang dilengkapi Leddar Pixell berserta komponen teknologi berautonomi lain yang membentuk sistem pengendalian kita, telah diserahkan kepada RATP Group, pengendali pengangkutan awam milik Negara yang beroperasi di 13 negara dan di empat benua, ditugaskan untuk menilai dan melayakkan kenderaan pengangkutan awam berautonomi. RATP melaporkan bahawa sistem pengendalian MILLA POD, yang disertakan Leddar Pixell, memenuhi keperluan kelayakan yang ketat,” simpul En. Gendarme.

“Kami berbesar hati untuk menjadi pembekal terpilih kepada MILLA Group untuk teknologi penderiaan kami,” kata Frantz Saintellemy, Presiden dan COO dari LeddarTech. “MILLA Group mewakili organisasi memandang ke hadapan yang menangani teknologi kenderaan ulang-alik berautonomi dengan pendekatan baharu dan inovatif; kami berbangga bahawa Leddar Pixell kita telah menyumbang kepada pensijilan teknikal MILLA dengan RATP Group,” simpul En. Saintellemy.

Perihal MILLA Group

MILLA Group ialah syarikat jurutera Perancis bebas terkemuka yang mengkhusus dalam reka bentuk, pembangunan, pembuatan dan percubaan produk dan perkhidmatan mobiliti baharu. Konsep mobiliti baharu MILLA adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang mampan, modular, boleh diskalakan dan boleh diakses kepada semua orang. Sejak tahun 2019, kenderaan ulang-alik MILLA bergerak setiap hari di jalan terbuka pada kelajuan 30 km/j dalam mod berautonomi,perkhidmatan unik di dunia. MILLA kini ialah satu-satunya pembekal mobiliti yang mencadangkan penyelesaian pengangkutan atas permintaan dan berbilang modal (orang dan barangan) untuk zon luar bandar dan persisian bandar. Teknologi yang dilaksanakan oleh MILLA Group juga mempunyai kesan yang ketara terhadap industri automotif. Syarikat peneraju utama dunia menggunakan perkhidmatan MILLA, seperti robotisasi dan automasi kenderaan dan percubaan mereka pada jalan terbuka.

Hubungi Éric Gendarme di eric.g@milla.net

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala, dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c4ce9937-f7fa-4d83-8c7d-a7106c467340

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/64706fa3-751d-4a2d-b9eb-336c4a7f8d6f 


SUMBER : LeddarTech inc.

No comments:

Post a Comment