Tuesday, November 17, 2020

FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO MENUTUP TIRAI SELEPAS EDISI HIBRID PERTAMA MEREKA BAGI PENAYANGAN FIZIKAL DAN ACARA DALAM TALIAN, TERMASUK "ASIA LOUNGE" YANG BAHARU

TOKYO, 17 Nov., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

Semasa Majlis Penutupan Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-33 pada 9 November, “Hold Me Back” yang diarahkan oleh Akiko Ohku telah menerima Anugerah Penonton, satu-satunya anugerah yang diberikan pada tahun ini disebabkan oleh COVID-19. Ohku berkata, “Saya sangat berbesar hati untuk menerima anugerah ini buat kali kedua. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, dunia telah berubah, dan walaupun festival lain terpaksa bergerak secara dalam talian, TIFF telah dapat menempatkan penonton di dalam teater, menonton filem bersama-sama. Saya sangat berterima kasih kepada semua penonton dan saya harap saya akan dapat berjabat tangan dengan anda sekalian tidak lama lagi.”

(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202011116971?p=images)

Pada TIFF ke-33 itu, 138 buah filem yang dipilih dari 1,356 penyerahan dari 107 buah negara dan wilayah telah ditayangkan dari 31 Oktober sehingga 9 November, 2020.

- Siri Perbualan “Asia Lounge” yang Baharu dipersembahkan bersama oleh Pusat Asia Yayasan Jepun dan TIFF
Pusat Asia Yayasan Jepun  (JF) dan TIFF kini berada dalam tahun ketujuh bagi kerjasama mereka. Pada tahun ini, JF dan TIFF telah menjadi tuan rumah bersama bagi siri perbualan “Asia Lounge,” satu inisiatif baharu yang dicadangkan oleh pengarah terkenal dunia Hirokazu Kore-eda, yang bekerjasama dengan anggota bagi sebuah jawatankuasa kurator untuk menganjurkan acara tersebut. Ia memaparkan perbincangan dalam talian harian di antara pengarah-pengarah filem Asia terkemuka dan rakan sejawatan mereka dari Jepun, yang membincangkan pelbagai topik. Tetamu termasuk Kim Bora (Korea Selatan), Huang Xi (Taiwan), Apichatpong Weerasethakul (Thailand), Mouly Surya (Indonesia), Tsai Ming-Liang (Malaysia/Taiwan) dan Rithy Panh (Kemboja). Walaupun pada asalnya disusun sebagai satu ruang santai fizikal di mana pembuat filem dari seluruh dunia akan menikmati perbualan dan pertukaran yang berbentuk bebas, ia terpaksa diubah kepada dalam talian pada tahun pertama ini disebabkan oleh COVID-19, tetapi penonton di seluruh dunia dapat mengambil bahagian secara maya dalam sesi Soal Jawab.

- Inisiatif Bersama yang Lain oleh JF dan TIFF
JF dan TIFF telah bersama-sama memperagakan budaya yang kaya dan pelbagai bagi sinema Asia di dalam bahagian Tokyo Premiere 2020 dan World Focus. Juga, sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan filem Asia Tenggara JF, karya agung Yasmin Ahmad “Mukhsin” (Malaysia, 2006) yang dipulihkan secara versi digital 4K telah dipertontonkan buat pertama kalinya di dunia.
 
Laman web Rasmi:
Pusat Asia Yayasan Jepun: https://jfac.jp/en/
Festival Filem Antarabangsa Tokyo: https://2020.tiff-jp.net/en/
 
Sumber: Festival Filem Antarabangsa Tokyo

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment