Friday, November 6, 2020

​CUMMINS MELANCARKAN KAWALAN INDUK DIGITAL BAHARU BAGI KAWALAN SISTEM TOTAL


 

SINGAPURA, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cummins (NYSE: CMI) mengumumkan penambahan dua Kawalan Induk Digital (DMC) baharu, DMC2000 dan 6000 kepada senarai produk penyelarian sistem kuasa PowerCommand® mereka. Produk Kawalan Induk baharu itu dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan pasaran dan pada masa yang sama menyokong pelbagai konfigurasi yang sesuai dengan pelbagai kegunaan dan reka bentuk. Kawalan tahap sistem ini membolehkan masa penghantaran yang lebih cepat kepada pelanggan pada harga yang optimum.


Produk DMC baharu Cummins adalah sistem penyelarian yang direka untuk berinteraksi secara langsung dengan sistem kawalan PowerCommand Set Penjana Kuasa Cummins dan peralatan suis dan ATS untuk menyampaikan satu penyelesaian kawalan kuasa yang benar-benar bersepadu. Penyelesaian sistem kuasa bersepadu ini menyediakan kebergantungan apabila pelanggan kami sangat memerlukannya sama ada ketika mereka berada dalam aplikasi kritikal seperti hospital, lapangan terbang, pusat data, telekomunikasi atau proses pembuatan berteknologi tinggi.

DMC2000 dan DMC6000 baharu itu akan melengkapkan DMC8000 yang sudah ada dengan menawarkan penyelesaian kawalan bersepadu yang memenuhi permintaan pasaran untuk pelbagai reka bentuk tapak yang luas di mana DMC8000 yang disesuaikan sepenuhnya melebihi spesifikasi tapak.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13942

No comments:

Post a Comment