Thursday, November 5, 2020

Perubahan waktu operasi cawangan LHDN di kawasan PKPB

KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan perubahan waktu operasi bagi kaunter setempat dan kaunter duti setem LHDN di semua cawangan serta Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi Semenanjung Malaysia, kaunter setempat untuk perkhidmatan percukaian dan kaunter duti setem beroperasi pada hari bekerja dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari, serta penerimaan bayaran duti setem adalah sehingga 12 tengah hari.

Perubahan waktu operasi cawangan LHDN di kawasan PKPB: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, berita,am,ekonomi,

No comments:

Post a Comment