Thursday, November 26, 2020

PRA HEALTH SCIENCES MELANTIK PEGAWAI KANAN FDA UNTUK MENGETUAI PUSAT KECEMERLANGAN GLOBAL UNTUK STRATEGI KAJIAN KLINIKAL TERPENCAR

 


Dr. Isaac Rodriguez-Chavez membawa pengalaman yang luas dalam pematuhan kawal selia dan metodologi penyelidikan klinikal kepada amalan DCT peneraju industri PRA

RALEIGH, N.C., 24 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan pelantikan Isaac Rodriguez-Chavez, PhD, MHS, MS sebagai Timbalan Presiden Kanan, Hal Ehwal Saintifik dan Klinikal. Beliau akan mengetuai Pusat Kecemerlangan Global untuk Strategi Kajian Klinikal Terpencar (Decentralized Clinical Trial, DCT) syarikat tersebut. Tanggungjawab Dr. Rodriguez-Chavez melibatkan pembangunan dan perkembangan berterusan strategi percubaan klinikal terpencar peneraju industri PRA, penghasilan rangka kerja kawal selia dan pemodenan percubaan klinikal.

Dr. Rodriguez-Chavez mempunyai lebih daripada 32 tahun pengalaman dalam virologi, mikrobiologi, imunologi, vaksinologi dan onkologi virus, termasuk penyelidikan asas, praklinikal dan klinikal (fasa I-IV). Dalam jawatan terakhirnya sebagai Pegawai Kanan Metodologi Penyelidikan Klinikal, Kepatuhan Kawal Selia dan Pembangunan Dasar Perubatan bersama Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat (Center for Drug Evaluation and Research, CDER) Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S., beliau telah mengetuai pembangunan panduan percubaan klinikal terpencar menggunakan teknologi kesihatan digital. Bersama FDA, beliau telah menilai dan memodenkan protokol penyelidikan klinikal yang memberikan impak kepada beberapa bidang penyakit.

“Kami berbesar hati kerana salah seorang perintis percubaan klinikal terpencar dan pakar yang terkemuka dalam pemodenan percubaan klinikal menyertai PRA Health Sciences,” kata Colin Shannon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di PRA. “Paradigma pembangunan ubat klinikal terus berevolusi menjadi model yang lebih terpencar agar lebih selaras dengan cara jagaan kesihatan disampaikan kepada individu. Dengan menggandingkan Dr. Rodriguez-Chavez, salah seorang pakar yang terkemuka dalam percubaan klinikal terpencar, dengan platform DCT canggih PRA, kami akan memodenkan proses percubaan klinikal.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14025

No comments:

Post a Comment