Thursday, November 12, 2020

IFG Berharap Akan Mendapatkan Hak Harta Inteleknya Untuk Jenis Anggur Di China

 BAKERSFIELD, Calif., 11 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini International Fruit Genetics (IFG) syarikat pembiakan buah yang berpangkalan di California telah memfailkan paten / hak pembiak baka tumbuhan / hak jenis tumbuhan dan perlindungan tanda dagangan untuk pelbagai jenis proprietarinya dalam pelbagai bidang kuasa. Syarikat ini ialah pembiak baka persendirian terbesar di dunia untuk anggur dan memberikan lesen baka buah proprietari kepada penanam di seluruh dunia. IFG sangat menghargai pasaran China dan akan meneruskan usaha untuk menjadikan jenis buah premiumnya tersedia kepada pengguna China.


Berhubung aktiviti pelanggaran IP semasa di China melibatkan jenis IFG-Six, IFG ingin membuat kenyataan berikut:

IFG ialah pembiak baka dan empunya sah bagi jenis IFG-Six (dipasarkan bawah tanda dagangan berdaftar "Sweet Sapphire®" dan "甜蜜蓝宝石®"). Anggur Sweet Sapphire® berbentuk silinder dan panjang, kebanyakannya dengan lelesung pada bahagian hujung. IFG menyerahkan permohonan untuk perlindungan hak jenis tumbuhan untuk IFG-Six (Sweet Sapphire®) di China pada tahun 2018, dan jenis tersebut telah diluluskan pada awalnya oleh Pejabat Perlindungan Jenis Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa dan kelulusan tersebut telah diterbitkan pada 1 hb Januari, 2019. Pada Ogos 2020, Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa menjalankan pemeriksaan tapak bagi tapak pengujian DUS untuk jenis IFG-Six.

Sebaik sahaja perlindungan Hak Jenis Tumbuhan diberikan di China untuk IFG-Six, sebarang pembiakan atau jualan bahan pembiakan IFG-Six tanpa keizinan IFG untuk tujuan komersial akan menjadi satu pelanggaran Hak Jenis Tumbuhan IFG. Di bawah Peraturan PRC untuk Perlindungan Jenis Tumbuhan Baharu, IFG juga akan berhak untuk menuntut ganti rugi bagi aktiviti tanpa izin yang berlaku dalam tempoh bermula tarikh penerbitan sehingga tarikh pemberian sebaik sahaja Hak tersebut diberikan.

IFG tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran haknya dan akan mempertimbangkan untuk mengambil sebarang tindakan penguatkuasaan yang dianggap wajar demi melindungi haknya.

IFG juga telah membuat pendaftaran untuk tanda dagangan "Sweet Sapphire®" dan "甜蜜蓝宝石®" di China yang meliputi barangan termasuk anggur segar, anak pokok, pokok anggur dan benih tumbuhan. Tanpa kebenaran IFG, penggunaan tanda dagangan seiras atau serupa dan mengelirukan dengan tanda dagangan berdaftar IFG pada barangan sama atau serupa untuk tujuan komersial adalah dilarang.

IFG telah mengambil perhatian terhadap komentar tertentu tentang kualiti dan kebolehsuaian jenis IFG-Six di China. IFG ingin menekankan bahawa pihaknya tidak pernah mengizinkan mana-mana pihak untuk mengimport, menanam atau menjual bahan pembiakan bagi sebarang jenis proprietari IFG di China. Sebarang penanaman bagi mana-mana jenis IFG proprietari atau sebarang perbincangan berhubung teknik penanaman di China tidak dilesankan oleh IFG dan tidak disokong oleh kekuatan dan kepakaran teknikal IFG. Tindakan menanam, menjual dan mempromosikan bahan pembiakan sebarang jenis proprietari IFG di China termasuk IFG-Six , tanpa keizinan IFG ialah pelanggaran Seed Law of People’s Republic of China dan satu pelanggaran terhadap IP IFG atau kepentingan sah yang lain. IFG telah melancarkan siri pemuliharaan bukti dan tindakan pentadbiran terhadap penanaman IFG-Six yang haram serta perdagangan dan promosi jenis IFG tanpa izin, dengan objektif dasar untuk membasmi pelanggaran dan demi tujuan tindakan sah yang lanjut.

IFG dengan rendah hati merayu kepada nurseri dan penanam dalam industri di China untuk mengelakkan pembiakan atau penanaman atau pengendalian sebarang jenis proprietari IFG di China dan, khususnya kini, IFG-Six , tanpa keizinan langsung daripada IFG untuk mengelakkan liabiliti bagi pelanggaran IP atau pelanggaran undang-undang lain, atau untuk sebarang kehilangan ekonomi yang berkemungkinan ditanggung oleh IFG akhirnya. IFG yakin akan menerima hasil positif melalui pelbagai tindakan pemulihannya. IFG berharap untuk mencapai pematuhan yang lebih besar terhadap haknya di China.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13967

No comments:

Post a Comment