Thursday, November 26, 2020

Mary Kay Menyokong Usaha Pemuliharaan Penyu Dan Menggalakkan Amalan Ekopelancongan Mapan Dengan The Nature Conservancy Di Kepulauan Solomon

 




DALLAS, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — 
November ini, Mary Kay Inc. sangat teruja untuk mengumumkan perkongsian mereka dengan The Nature Conservancy untuk melindungi spesies penyu sisik yang sangat terancam melalui memupuk ekopelancongan yang diterajui oleh kaum wanita di Kepulauan Solomon. Melalui kerjasama ini dengan The Nature Conservancy, Mary Kay akan menyokong pengembangan kemahiran bagi sebuah kumpulan wanita tempatan, yang dikenali sebagai KAWAKI, memudahkan latihan keselamatan makanan dan kebersihan diri, yang sangat penting untuk pelancaran usaha ekopelancongan yang diterajui wanita yang pertama di Solomon, yang terletak di Kepulauan Arnavon yang terpencil.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201123006284/en/

Kumpulan KAWAKI itu adalah sebuah organisasi wanita tempatan di Kepulauan Solomon yang didedikasikan untuk pemuliharaan laut dan perlindungan penyu untuk Kepulauan Arnavon. Misi mereka adalah untuk menyatukan wanita di sekitar pemuliharaan, budaya dan komuniti bagi mewujudkan satu masa depan yang lebih baik bagi anak-anak mereka dan generasi akan datang. Projek pemuliharaan terbesar oleh KAWAKI terletak di Kepulauan Arnavon, yang merupakan tempat terbesar untuk penyu sisik di Pasifik Selatan. Penyu sisik itu adalah sejenis spesies penyu yang terutamanya terancam oleh perburuan dan kehilangan habitat — khususnya, kehilangan pantai-pantai untuk menetas akibat hakisan pantai yang disebabkan oleh ribut dan peningkatan paras laut. Pelancongan adalah satu keutamaan pembangunan bagi Kepulauan Solomon, dan dengan bertambahnya jumlah pelancong yang mengunjungi Arnavon setiap tahun, pihak berkuasa peringkat wilayah telah mengenal pasti kawasan itu sebagai satu peluang utama bagi ekopelancongan khusus yang dapat membantu membawa komuniti itu keluar dari belenggu kemiskinan dan menyediakan sumber yang diperlukan untuk pemuliharaan penyu yang berkesan. Walau bagaimanapun, infrastruktur dan pemasaran tempatan belum dibangunkan untuk ekopelancongan lestari bagi menampung peningkatan pengunjung secara berterusan ke Arnavons.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh negara-negara Pasifik Selatan, seperti Kepulauan Solomon, adalah akses yang terhad kepada penjagaan kesihatan. Dan dengan penyebaran COVID-19, keadaan itu menjadi bertambah buruk. Sejak kerajaan Kepulauan Solomon mengisytiharkan darurat kebangsaan pada awal tahun ini, ramai penduduk Pulau Solomon telah meninggalkan ibu kota Honiara untuk kembali ke kampung halaman mereka. Wanita KAWAKI telah bekerjasama dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan setempat, pemimpin gereja dan sekolah untuk menyediakan latihan seperti mencuci tangan dan langkah berjaga-jaga yang lain kepada masyarakat terpencil serta sumber seperti sabun, yang seringkali sukar untuk diperolehi.

“Penyertaan dan kepimpinan wanita sangat penting untuk melindungi hasil pemuliharaan positif dan kesihatan masyarakat yang berisiko,” kata Trina Leberer, Pengarah bagi The Nature Conservancy Bahagian Kepulauan Pasifik. “Kami sangat berbesar hati kerana mendapat sokongan Mary Kay bagi kumpulan wanita KAWAKI dan usaha kami di Kepulauan Solomon. Melalui perkongsian ini, kami mengambil satu pendekatan bersepadu untuk pemeliharaan dan pencegahan kesihatan, memperkasakan wanita tempatan dalam membangunkan ekopelancongan mapan sambil menyokong kesihatan bagi masyarakat terpencil yang mungkin tidak memiliki akses kepada kemudahan perubatan.”

Sokongan Mary Kay terhadap projek ini akan merupakan dua peringkat: mengukuhkan usaha pemuliharaan penyu tempatan dan membantu kedua-dua The Nature Conservancy dan kumpulan wanita KAWAKI mewujudkan peluang mata pencarian yang berdaya maju, saksama dan mapan melalui penyediaan latihan kesihatan dan keselamatan kritikal untuk komuniti tempatan yang bertanggungjawab melindungi penyu sisik yang terancam di Kepulauan Arnavon.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14022

No comments:

Post a Comment