Friday, November 6, 2020

WORLDREMIT MENGETEPIKAN YURAN MEREKA UNTUK PEMINDAHAN KE FILIPINA BERIKUTAN BENCANA ALAM BARU-BARU INI

LONDON, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WorldRemit, sebuah platform pembayaran digital terkemuka, akan mengetepikan yuran mereka ke atas pemindahan wang ke Filipina berikutan ribut tropika baru-baru ini. Pelanggan akan dapat mengirim wang dari seluruh dunia ke Filipina dengan tanpa yuran perkhidmatan WorldRemit dari 4 November hingga 10 November 2020.

Goni, yang juga dikenali sebagai ribut tropika Rolly di Filipina, telah membawa kepada banyak kematian dan menyebabkan kemusnahan meluas sehingga menyebabkan lebih 370,000 orang hilang tempat tinggal dan pemusnahan beribu-ribu buah rumah. Bicol, Quezon dan Virac di Pulau Catanduanes paling teruk dilanda dengan anggaran yang menunjukkan bahawa 90% daripada bangunan telah musnah. Talian perhubungan tergendala dan penduduk kini terjejas tanpa bekalan elektrik dan air.

“Seperti dengan keseluruhan komuniti global, Filipina telah terjejas teruk oleh pandemik COVID-19 tetapi sekarang juga harus menghadapi kemusnahan yang disebabkan oleh bencana alam ini. Inilah sebabnya mengapa kami mengetepikan yuran kami untuk sesiapa sahaja yang ingin menyokong rakyat Filipina pada masa yang mencabar ini. Sebilangan mereka yang berada di lapangan akan bergantung kepada sumber pendapatan ini untuk membantu membina semula kehidupan mereka. Dengan talian perhubungan terjejas, kita tahu bahawa ramai di diaspora itu akan berasa bimbang untuk berhubung dengan keluarga dan rakan taulan di kampung halaman melalui penghantaran pemindahan wang. Mengetepikan yuran kami untuk urus niaga ke Filipina adalah cara kami untuk menunjukkan hubungan solidariti dan sokongan kami kepada komuniti Filipina global,” kata Earl Melivo, Pengarah Negara untuk Filipina di WorldRemit.
Melalui laman web WorldRemit atau Aplikasi mudah alih, pelanggan boleh mengirim sokongan kepada keluarga dan rakan taulan mereka di Filipina secara percuma dengan menggunakan kod “PHRolly” untuk melengkapkan urus niaga itu. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sila layari laman web untuk maklumat tambahan: www.worldremit.com

Maklumat mengenai WorldRemit

WorldRemit adalah sebuah syarikat pembayaran antarabangsa yang terkemuka. WorldRemit telah mengganggu sebuah industri yang sebelum ini dikuasai oleh pemain legasi luar talian dengan melakukan pemindahan wang antarabangsa secara dalam talian - menjadikannya lebih selamat, lebih pantas dan mengurangkan kos. Kami pada masa ini menghantar dari 50 buah negara kepada lebih 150 buah negara penerima, beroperasi di 6,500 koridor pemindahan wang di seluruh dunia dan menggunakan lebih 1,100 orang di seluruh dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13943

No comments:

Post a Comment