Tuesday, November 24, 2020

ZHEJIANG LOGISTICS MENGHUBUNGKAN MALAYSIA

Pameran Dalam Talian Perdagangan Perkhidmatan Zhejiang 2020 (Sesi Perkhidmatan Malaysia-Logistik) - Akan tiba tidak lama lagi


KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Dalam Talian Perdagangan Perkhidmatan Zhejiang 2020 (Sesi Perkhidmatan Malaysia-Logistik) yang dihoskan oleh Jabatan Perdagangan Zhejiang dan dilaksanakan oleh Zhejiang Samexpo Exhibition & Convention Holdings Co., Ltd, akan berlangsung dari 23 November hingga 25 November melalui ZOOM.

Untuk menggalakkan pembangunan ekonomi perdagangan luar negeri yang berkekalan dan stabil di Wilayah Zhejiang, Jabatan Perdagangan Zhejiang telah komited untuk bekerjasama dengan perusahaan luar negeri bagi membantu mereka membuka saluran-saluran perdagangan. Malaysia terletak secara strategik di tengah-tengah Kumpulan 10 anggota Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dengan memainkan satu peranan penting di dalam logistik dan perhubungan global, dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang besar. Malaysia mempunyai lebih daripada 50 pelabuhan maritim dengan saiz yang berbeza, di mana Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas adalah merupakan pelabuhan terkenal di dunia. Mengikut kedudukan keupayaan logistik oleh Bank Dunia pada tahun 2014, Malaysia berada di tangga ke-27 di dunia di dalam enam aspek: kecekapan pemeriksaan sempadan, tahap pembangunan infrastruktur pengangkutan, daya saing harga logistik, kualiti perkhidmatan logistik, keupayaan pengesanan kargo dan keupayaan penghantaran mengikut jadual. Pada masa ini, Malaysia sedang membina sebuah pusat logistik teras dan berusaha untuk menjadi sebuah gergasi logistik di ASEAN dengan ruang yang luas bagi kerjasama. Momentum pembangunan ekonomi Malaysia yang mantap akan sangat menggalakkan pembangunan bagi bidang logistik dan secara langsung merangsangkan permintaan bagi peralatan yang berkaitan dengan pengangkutan logistik dan perkhidmatan teknikal di dalam bidang pengangkutan darat, pengangkutan udara dan pengangkutan laut di Malaysia, yang akan merupakan satu peluang yang sangat baik bagi perusahaan yang berkaitan dengan logistik China untuk memasuki pasaran Malaysia dan ASEAN.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14010

No comments:

Post a Comment