Wednesday, November 11, 2020

NINGXIA - "MUZIUM TEMBOK BESAR CHINA" YANG UNIK





KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) --
 Tembok Besar China adalah keajaiban yang dicipta oleh orang-orang China pada masa dahulu dan ia merupakan saksi bahawa negara China memang mempunyai sejarah yang amat panjang. Tembok Besar di Ningxia dibina secara berterusan sejak dari Zaman Negeri-Negeri Berperang sehingga ke Qin, Han, Sui, Ming dan dinasti-dinasti yang lain dengan panjang keseluruhan 1,500 kilometer. Ia dikenali sebagai "Muzium Tembok Besar China".

Tembok Besar Ningxia memainkan peranan dari segi pertahanan yang amat penting dalam sejarah. Pada Dinasti Ming, terdapat sembilan bandar sempadan penting di sepanjang tembok besar negara ini, di mana dua bandar di Ningxia dan Guyuan. Pemandangan miniatur bagi Menara Suar Tembok Besar dan juga gambar tapak peninggalan Tembok Besar Ningxia dipamerkan dengan jelas di Muzium Pos Ningxia.
 
Apabila menyebut tentang tembok besar, kita tidak dapat berhenti memikirkan peribahasa yang terkenal iaitu “sesiapa yang belum sampai ke Tembok Besar bukanlah pahlawan.” Tetapi yang sebenarnya, hanya segelintir orang yang mengetahui bahawa Tembok Besar yang disebutkan di sini merujuk kepada Tembok Besar Qin di kaki Gunung Liupan di Ningxia, China.
 
Setelah ribuan tahun, Tembok Besar Ningxia kehilangan fungsi ketenteraannya yang bersejarah tetapi masih berdiri dengan tenang di sana. Di sisi tembok, terdapat sawah padi dan gandum seperti di selatan Sungai Yangtze, kumpulan lembu dan biri-biri serta padang rumput yang luas. Sementara itu, terdapat juga gunung-ganang yang tinggi menjulang dan padang pasir misteri dengan bunyi loceng unta yang menyenangkan, seolah-olah sebuah gambar yang cantik dan unik. Ini adalah pemandangan indah yang unik untuk Ningxia.
 
Sumber : Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Ningxia China

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
E-mel : info@gtcgroup.my

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=13954

No comments:

Post a Comment