Friday, November 17, 2017

WILAYAH CHIBA MENGENDALIKAN KEDAI-KEDAI ANTENA DI LAPANGAN TERBANG NARITA, AKAN MEMBUKA SEBUAH LAGI DI KITTE TOKYO, KESEMUANYA UNTUK TEMPOH TERHAD

CHIBA, Jepun, 15 Nov., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

Kerajaan Wilayah Chiba sedang mengendalikan dua buah kedai antena di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di bandar raya wilayah Narita, dan akan membuka sebuah lagi di JP Tower KITTE di daerah Marunouchi di Chiyoda Ward, Tokyo, kesemuanya untuk tempoh yang terhad, dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai mengenai daya tarikan Chiba.

Barang-barang istimewa Wilayah Chiba akan dan bakal dijual dan pelbagai acara promosi mengenai daya tarikan Chiba diadakan di kedai-kedai ini.

Pegawai-pegawai kerajaan wilayah telah melahirkan harapan agar seramai mungkin orang akan mengunjungi kedai-kedai antena ini yang dilengkapi dengan daya tarikan Chiba.

(Imej:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201711147931/_prw_PI1fl_lQXC4M7h.jpg)

JP Tower KITTE (Nama bagi kedai antena itu: Chiba I-CHI-BA)
- Lokasi: Zon Persembahan, Bandar Raya Tokyo i di B1, JP Tower KITTE: 2-7-2,
  Marunouchi, Chiyoda Ward, Tokyo
- Tempoh: 29 hari dari Sabtu, 18 November, hingga Sabtu, 16 Disember, 2017
- Waktu perniagaan: 9:00-19:30 (dibuka pada tengah hari pada hari pertama dan ditutup pada 17:00 pada hari terakhir)
- Acara:
(1) Acara pembukaan: Sabtu, 18 November, 13: 00-
Satu rancangan temu bual oleh Chiaki, seorang selebriti dari Wilayah Chiba; satu upacara penyampaian setem peribadi, dll.
(2) Hari CHI-BA + KUN: Sabtu, 2 Disember, 9: 00-
Watak maskot Wilayah Chiba "CHI-BA+KUN" akan berkhidmat sebagai pengurus kedai itu untuk satu hari, dan sesi bergambar dengan CHI-BA+KUN akan juga diadakan bersama-sama dengan acara-acara lain.

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita
- Lokasi:
(1) PUSAT DAGANGAN CHIBA
Terminal 1, 4F 1-1, Goryo Bokujo, Sanrizuka, Narita, Wilayah Chiba
(2) CHIBA BOUKYO
Terminal 2, 4F 1-1, Furugome, Narita, Wilayah Chiba
- Tempoh: Jumaat, 4 Ogos, 2017, hingga Sabtu, 31 Mac, 2018 (dibuka tujuh hari seminggu)
- Waktu perniagaan:
(1) PUSAT DAGANGAN CHIBA: 7:30-20:30
(2) CHIBA BOUKYO: 7:30-21:00


SUMBER: Kerajaan Wilayah Chiba

No comments:

Post a Comment