Tuesday, November 21, 2017

UNIVERSITI UTAMA CHINA MENCETUSKAN SEMANGAT INOVASI DENGAN BERGERAK KE ARAH PENGANTARABANGSAAN

HANGZHOU, China, 20 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 21 Oktober, 2017, Kampus Antarabangsa Universiti Zhejiang telah dibuka secara rasminya. Kira-kira satu tahun yang lalu, Profesor Philip T. Krein, seorang felow di Akademi Kejuruteraan Amerika, datang ke Universiti Zhejiang (ZJU) di China. Di universiti ini dengan reputasinya sebagai "Cambridge Timur", beliau mendapat gelaran baharu sebagai dekan sepenuh masa di Universiti Zhejiang / Universiti Illinois di Institut Urbana-Champaign (Institut ZJU-UIUC).

Institut bersama itu ditubuhkan di Kampus Antarabangsa Haining ZJU. Sebagai sebuah model baharu bagi pendidikan transnasional, institut itu akan menyediakan sebuah pendidikan kejuruteraan yang bertaraf dunia dengan memperkenalkan kurikulum dan sumber terbaik dari UIUC, yang dilengkapi dengan sumbangan yang sama penting dari ZJU. Terletak di Teluk Hangzhou, sebuah kawasan utama di wilayah Delta Sungai Yangtze, Kampus Antarabangsa itu meliputi sebuah kawasan seluas 80 hektar, yang juga menjadi tapak bagi Makmal Bersama ZJU-Imperial untuk Sains Data Gunaan dan Institut ZJU-UoE (Universiti Edinburgh), dll. Dengan perancangan besar oleh kerajaan China untuk membangunkan kawasan Teluk Hangzhou menjadi sebuah enjin untuk inovasi ekonomi, atau versi China bagi Kawasan Teluk San Francisco, perhatian mendalam telah ditumpukan kepada kampus ZJU yang baharu ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10609

No comments:

Post a Comment