Taman STEAM LEGO® Education yang
baharu mencetuskan sifat ingin tahu semula jadi kanak-kanak prasekolah
di dalam sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik menerusi
fleksibiliti, kreativiti dan pembelajaran yang tiada berkesudahan
melalui bermain
BILLUND, Denmark, 7 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LEGO® Education hari ini mengumumkan penyelesaian Pembelajaran Awal mereka yang baharu, Taman STEAM
yang direka untuk mencetuskan sifat ingin tahu semula jadi kanak-kanak
prasekolah di dalam sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan
matematik (STEAM). Kanak-kanak bermain dalam kumpulan yang terdiri
daripada enam orang dengan batu-bata LEGO DUPLO® untuk
membina sebuah taman hiburan dengan tunggangan dan daya tarikan yang
direka untuk membantu mereka menemui gear dan tanjakan, eksperimen, dan
memperoleh keyakinan dengan kaedah cuba-cuba.
"Kami dengan rasa
gembira ingin menawarkan penyelesaian Taman STEAM LEGO Education kami
yang baharu pada detik di mana ia lebih penting berbanding sebelum ini
bagi kanak-kanak untuk mengetahui apa yang boleh dihasilkan melalui
sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik," kata Esben
Stærk Jørgensen, presiden bagi LEGO Education. "Taman STEAM membantu
kanak-kanak mempelajari kemahiran abad ke-21 yang bersifat formatif
termasuk penyelesaian masalah, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran
kritikal yang diperlukan untuk membantu mereka berjaya di dalam semua
bidang pelajaran sepanjang pendidikan mereka. Kami juga tahu bahawa
dengan STEAM peluang pekerjaan dijangka berkembang hampir dua kali ganda
berbanding sektor pekerjaan yang lain, ini pun hanya dalam dekad yang
akan datang, meneroka kemahiran ini sekarang akan membantu mempersiapkan
kesemua kanak-kanak untuk pekerjaan pada hari esok."
Set baharu itu disertakan oleh Panduan Guru Taman STEAM LEGO Education, yang mempunyai lapan pelajaran STEAM-sentrik yang dicipta dengan pandangan daripada penyelidikan terkini
mengenai STEAM dalam pembelajaran awal dan garis panduan sains,
matematik dan teknologi untuk Persatuan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-kanak. Halaman Pinterest LEGO Education juga menawarkan satu koleksi mengenai aktiviti STEAM prasekolah yang kreatif dan bergembira.
Taman STEAM LEGO Education boleh didapati di seluruh dunia pada hari ini atau pada minggu-minggu akan datang. Layari LEGOEducation.com/preschool atau hubungi pengedar LEGO Education tempatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Maklumat mengenai LEGO Education
LEGO Education
menawarkan pengalaman pembelajaran dan penyelesaian pengajaran yang
menyeronokkan berdasarkan kepada sistem batu-bata LEGO, bahan kurikulum
yang relevan, dan sumber-sumber fizikal dan digital kepada prasekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah, dan selepas sekolah. Penyelesaian dan
sumber dari LEGO Education membolehkan setiap pelajar untuk berjaya
dengan menggalakkan mereka untuk menjadi pelajar yang aktif, pelajar
kolaboratif, membina kemahiran untuk menghadapi cabaran masa depan, dan
mewujudkan daya pemikiran yang positif ke arah pembelajaran. Ketahui
maklumat lanjut di LEGOeducation.com.
LEGO, logo LEGO dan DUPLO
adalah cap dagang /dan atau hak cipta bagi Kumpulan LEGO. ©2017 Kumpulan
LEGO. Semua hak cipta terpelihara.
LEGO, the LEGO logo and DUPLO are trademarks /and or copyrights of the LEGO Group. ©2017 The LEGO Group. All rights reserved.
Hubungi
LEGO Education
Kari Sherrodd, +1 860-835-6510
kari.sherrodd@lego.com
Sumber: LEGO Education
No comments:
Post a Comment