Wednesday, November 22, 2017

INISIATIF BRIGHTLINE MENGUMUMKAN PENAMBAHAN SYARIKAT TELEKOM SAUDI - STC

Pembekal Telekomunikasi Terbesar Arab Saudi Menyertai Pakatan untuk Membantu Perusahaan Meningkatkan Kadar Kejayaan bagi Inisiatif Strategik


RIYADH, Arab Saudi, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Inisiatif Brightline hari ini mengumumkan bahawa Syarikat Telekom Saudi (STC) akan menyertai pakatan Inisiatif Brightline untuk membantu meningkatkan disiplin bagi pengurusan inisiatif strategik dan merapatkan jurang di antara reka bentuk dan penyampaian strategi perusahaan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran penuh di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20171121005474/en/

Perjanjian inisiatif itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STC, Dr. Khaled Biyari dan oleh Pengarah Eksekutif Brightline Ricardo Vargas.

Dilancarkan pada awal tahun 2017 oleh Project Management Institute (PMI), Boston Consulting Group (BCG) dan Agile Alliance, Inisiatif Brightline adalah sebuah pakatan bukan komersil yang berdedikasi untuk membantu kumpulan eksekutif merapatkan jurang yang mahal dan tidak produktif di antara reka bentuk dan penyampaian strategi.

"STC mempunyai kepakaran yang mendalam dan kejayaan yang masyhur di dalam membina dan melaksanakan strategi. Kami tidak sabar-sabar untuk menyertai sebuah pakatan yang menyatukan organisasi dan ahli akademik terkemuka di seluruh dunia untuk menangani isu perniagaan kritikal dalam penyampaian strategi yang berjaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STC, Dr. Khaled Biyari. Beliau menambah: "Bagi STC, keupayaan ini adalah teras dalam menakluki peluang-peluang baru muncul di MENA dan pada masa yang sama kekal sebagai sebuah pemimpin di dalam ICT dan menguruskan cabaran keseluruhan pada tahun-tahun akan datang."

Sebuah laporan dari satu kaji selidik pelbagai sektor global di kalangan 500 eksekutif kanan yang dijalankan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) dan ditugaskan oleh Inisiatif Brightline mendapati bahawa hampir 90% daripada responden kaji selidik global itu mengakui bahawa mereka gagal untuk mencapai kesemua matlamat strategik mereka kerana mereka tidak melaksanakannya dengan baik, dan lebih daripada separuh (53 peratus) bersetuju bahawa keupayaan penghantaran yang tidak mencukupi telah meletakkan mereka pada kedudukan yang tidak kompetitif.[1]

Pengarah Eksekutif Brightline Ricardo Vargas berkata, "Inisiatif Brightline mengalu-alukan STC ke dalam pakatan kami yang semakin bertambah ketika kami membantu organisasi merapatkan jurang pelaksanaan strategi dalam suatu era disruptif dan cabaran sosial dan ekonomi. Adalah penting untuk menyatakan bahawa strategi hanyalah merupakan pelan pasif di atas sekeping kertas melainkan organisasi mencari jalan untuk mempengaruhi tingkah laku pekerja dan menanamkan cara baharu untuk bekerja bersama."

Maklumat mengenai Inisiatif Brightline

Inisiatif Brightline adalah sebuah pakatan yang terdiri daripada organisasi global yang terkemuka yang membantu eksekutif merapatkan jurang yang mahal dan tidak produktif di antara strategi reka bentuk dan strategi penyampaian. Brightline menjalankan penyelidikan pemikiran kepimpinan dan menggalakkan amalan terbaik yang direka untuk meningkatkan keupayaan sesebuah organisasi bagi menyampaikan maksud strategik.

Maklumat mengenai STC

Dengan beribu pejabat di Riyadh, Kumpulan Telekom Saudi adalah yang terbesar di Timur Tengah dan Afrika Utara berdasarkan kepada nilai pasaran mereka kerana ia menjanakan lebih 51,825 bilion riyal (13,825 bilion dolar) dalam hasil yang boleh direalisasikan pada tahun 2016 dan 8,539 bilion riyal (2,277 bilion dolar) sebagai pendapatan bersih. STC ditubuhkan pada tahun 1998 dan pada masa ini mempunyai kira-kira 100,000,000 pelanggan di seluruh dunia dan di mana mereka menyediakan penyelesaian berinovatif yang berasaskan kepada pengetahuan berteknologi tinggi. Ia memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan menerusi sebuah rangkaian gentian optik yang merangkumi 137,000 kilometer merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah. Di Arab Saudi (tapak operasi utama kumpulan itu) STC mengendalikan rangkaian mudah alih moden yang terbesar di Timur Tengah kerana ia merangkumi lebih 99% kawasan penduduk negara itu selain menyediakan jalur lebar mudah alih 4G kepada lebih 85% penduduk merentasi Kerajaan Arab Saudi. Selain itu, operasi utama mereka di Arab Saudi, yang ia miliki 100%, pelaburan STC termasuk pemilikan 100% di dalam Viva Bahrain, 51.8% saham di Viva Kuwait bersama dengan kontrak pengurusan, 35% saham di Oger Telecom Limited di Emiriah Arab Bersatu dan yang menguasai Turk Telecom, Avea di Turki, Cell-C di Afrika Selatan, 25% saham di Binariang GSM Holding di Malaysia yang mengendalikan kedua-dua Maxis di Malaysia dan Aircel di India. Sebagai tambahan kepada yang dinyatakan di atas, STC mempunyai pelaburan dalam teknologi maklumat, kandungan, pengedaran, pusat hubungan dan hartanah, yang kesemuanya menyokong operasi telekom mereka merentasi Timur Tengah.

1] Economist Intelligence Unit (EIU), "Merapatkan Jurang: Mereka bentuk dan Menyampaikan sebuah Strategi yang Berfungsi", 2017.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20171121005474/en/

Hubungi
Inisiatif Brightline
Tahirou Assane, +1 613-981-8211
Pengarah bagi Operasi dan Program
tahirou.assane@brightline.org

Sumber: Inisiatif Brightline

No comments:

Post a Comment