Thursday, November 16, 2017

CREALOGIX MELABUR DI PASARAN ASIA

ZURICH & SINGAPURA, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CREALOGIX, satu daripada syarikat Fintech terkemuka di Switzerland, hari ini mengumumkan pengembangan aktiviti perniagaan mereka di rantau Asia / Pasifik dengan penyelesaian yang disesuaikan secara khusus. Pascal Wengi, Pengarah Urusan Asia / Pasifik (APAC), mengetuai ibu pejabat di Singapura. Beliau bertanggungjawab untuk pembangunan strategik jangka panjang bagi syarikat 100 Teratas Fintech itu di rantau berkenaan.

Dengan pengembangan itu, CREALOGIX akan bekerjasama dengan rakan-rakan tempatan yang sudah bertapak, seperti Cognizant, satu daripada penyedia terkemuka bagi perkhidmatan perniagaan dan teknologi di seluruh dunia. Di samping bank runcit serantau dan penyedia perkhidmatan kewangan yang semakin meningkat, firma perisian Switzerland persendirian juga menyokong bank-bank persendirian Eropah dalam pelaksanaan penyelesaian perisian yang khusus untuk pasaran Asia. "Berbanding dengan Eropah, pendigitan adalah lebih maju di Asia. Pusat-pusat kewangan khususnya ingin memperkenalkan penyelesaian bahagian depan terkini yang tepat untuk penasihat bank dan pelanggan. Sebaliknya, di Asia Tenggara, bank-bank berhadapan dengan cabaran besar untuk menjangkau ke pelanggan luar bandar yang berpotensi," jelas Wengi.

Fokus pada Penasihat Kewangan CREALOGIX dan Cawangan CREALOGIX dalam Mudah Alih

Dengan penyelesaian "Penasihat Kewangan CREALOGIX", Pengurus-pengurus Hubungan Pelanggan boleh meliputi kesemua perkhidmatan yang mereka perlukan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan perundingan pelanggan mereka dari satu sumber tunggal. Terutamanya dalam Perbankan Peribadi dan Pengurusan Kekayaan, gambaran keseluruhan berpusat ini membolehkan perunding untuk memenuhi jangkaan tinggi pelanggan Asia yang celik digital dalam perniagaan perbankan mereka. "Cawangan CREALOGIX dalam sebuah Mudah Alih" menawarkan kepada institusi kewangan untuk membina cawangan-cawangan mudah alih. Ini adalah satu kelebihan terutamanya di kawasan luar bandar di rantau Asia Tenggara dengan akses mereka yang terhad kepada perkhidmatan perbankan. Keseluruhan proses itu – dari membiasakan pelanggan baharu dengan perkhidmatan kepada nasihat kewangan – menjimatkan sumber kerana ia boleh diuruskan melalui sebuah telefon pintar atau tablet tanpa memerlukan sebuah pejabat cawangan secara fizikal.

Pascal Wengi telah bersama CREALOGIX sepanjang tiga tahun yang lalu di ibu pejabat mereka di Zurich, Switzerland. Beliau bertanggungjawab untuk penyatuan penyelesaian perbankan digital dalam pelbagai sistem perbankan teras di Eropah, Timur Tengah dan rantau Asia /Pasifik. Wengi mempunyai lebih 15 tahun kepakaran dalam pelbagai jawatan pengurusan projek di Eropah dan Asia dan terlibat dalam pembangunan platform dagangan dalam talian Switzerland yang pertama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari crealogix.com/sg/

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51716242&lang=en

Hubungi
CREALOGIX
Jasmin Epp
Pegawai Perhubungan Korporat
Telefon: +41 58 404 86 52
e-mel: jasmin.epp@crealogix.com

Sumber: CREALOGIX

No comments:

Post a Comment