Thursday, November 16, 2017

NEURALSTEM MELAPORKAN HASIL FISKAL SUKU KETIGA TAHUN 2017 DAN MENYEDIAKAN KEMAS KINI KLINIKAL SERTA PERNIAGAAN

GERMANTOWN, Md., 16 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (NASDAQ:CUR), syarikat biofarmasi yang memfokus pada pembangunan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf, melaporkan hasil kewangannya untuk tempoh tiga dan sembilan bulan berakhir 30 September 2017.

“Kami terus menilai set data Fasa 2 yang penuh untuk NSI-189 bagi menentukan jalan pembangunan optimum dalam kecelaruan kemurungan major dan keadaan lain, termasuk Sindrom Angelman berikutan data praklinikal yang menggalakkan dalam pengesetan tersebut. Kami menjangka untuk menyediakan kemas kini terperinci ke atas strategi korporat kami, termasuk pelan pembangunan dan pengawalseliaan, selepas mesyuarat pasca fasa 2 kami dengan FDA dalam separuh tahun pertama 2018,” ulas Rich Daly, Pengerusi dan CEO.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10590

No comments:

Post a Comment