Thursday, November 2, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN PAMERAN PENYEPIT JEPUN

– sebagai Sebahagian daripada Tradisi Memberikan Hadiah

TOKYO, 1 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan sebuah pameran bertajuk “Pameran Penyepit Jepun – sebagai Sebahagian daripada Tradisi Memberikan Hadiah”  dari 7 November hingga 20 November, 2017 di Lobi Seni. Kira-kira 70 penyepit yang disapu dengan lakuer dari pelbagai wilayah di seluruh Jepun akan dipamerkan, bersama-sama dengan penyepit khas di dalam kotak kayu dan sekali dengan tempat letaknya. Di samping itu, tetamu yang makan sarapan Jepun yang disediakan khas (Terhad kepada 10 hidangan sehari) di Ruang Istirahat Kelab yang eksklusif di “Grand Premier” akan dihadiahkan dengan satu set penyepit peringatan Wakasanuri  yang disapu dengan lakuer  




Pameran yang diadakan setiap tahun ini adalah sebahagian daripada program pengalaman kebudayaan Jepun oleh Keio Plaza Hotel dan tahun ini merupakan tahun keenam berturut-turut ia akan diadakan dengan pengilang yang paling terkenal iaitu "Hyozaemon", yang diwujudkan pada tahun 1921. Budaya makanan tradisional Jepun dipercayai merupakan satu-satunya di dunia yang menggunakan hanya penyepit, dan Keio Plaza Hotel ingin mempamerkan tradisi indah menggunakan penyepit Jepun ini kepada tetamu. Pameran ini juga direka untuk menyampaikan bagaimana penyepit mencerminkan musim-musim dalam budaya makanan Jepun, dan mempamerkan pelbagai teknik lakuer yang cantik dan penuh berwarna-warni seperti Wakasanuri, Wajimanuri, dan Tsugarunuri dari semua bahagian di Jepun yang mewakili konsep "wabi-sabi" yang unik di Jepun, yang boleh digambarkan sebagai penerimaan kesementaraan dan ketidaksempurnaan. Program pengalaman budaya Jepun kami telah diterima dengan baik oleh tetamu, yang mana 75% adalah dari negara-negara luar.

"Pameran Penyepit  Jepun – sebagai Sebahagian daripada Tradisi Memberikan Hadiah"

Tarikh           :   7 November (Selasa) hingga 20 November (Isnin), 2017
Masa            :   10:00 pagi - 6:00 petang (Sehingga pukul 4:00 petang pada hari terakhir)
Tempat         :   Tingkat 3, Lobi Seni
Kemasukan  :    Percuma
Penganjur Bersama: Hyozaemon Co., Ltd.

Hadiah untuk Tetamu yang menginap di Tingkat Kelab “Grand Premier”  

Tetamu yang makan sarapan Jepun yang disediakan khas (Terhad kepada 10 hidangan sehari, tempahan diperlukan) di Ruang Istirahat Kelab yang eksklusif "Grand Premier" akan dihadiahkan dengan satu set penyepit peringatan Wakasanuri  yang disapu dengan lakuer

Pakej Penginapan "Grand Premier"

[Bilik Kelab Grand Premier]   Bermula dari JPY22,500
[Suite Grand Premier]            Bermula dari JPY45,000

Kadar bilik: 2 tetamu bagi setiap bilik, harga setiap seorang termasuk penggunaan Ruang Istirahat Kelab, sarapan, caj perkhidmatan dan cukai.


No comments:

Post a Comment