DONGGUAN, China, Nov. 22, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada
26 November, Kejohanan Maraton Asia ke-16 & Marathon Antarabangsa
Dongguan 2017 di bawah tema "Dongguan yang Indah, Maraton yang
Mengujakan" akan bermula di Dongguan, China. Kejohanan yang akan datang
ini menarik hampir 30,000 orang pelari, termasuk 49 atlet profesional
dari 22 buah negara dan wilayah Asia seperti Jepun, Republik Korea,
Republik Rakyat Demokratik Korea dan India.
Sebagai satu-satunya
pertandingan antara benua di Asia, Kejohanan Maraton Asia untuk tahun
ini akan diadakan bersama-sama dengan Maraton Antarabangsa Dongguan.
Pertandingan itu terdiri daripada 4 acara, iaitu maraton penuh, separuh
maraton, maraton mini dan Karnival Larian Ria, terbuka kepada
peserta profesional atau amatur, menyebarkan kegembiraan dan
keghairahan. Walaupun bandar raya itu telah meningkatkan kuasa lembut
mereka sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu, jawatankuasa penganjur
juga telah membentuk sebuah persekitaran yang lebih baik di sepanjang
trek. Langkah itu direka untuk mempamerkan keindahan Dongguan sebagai
sebuah bandar raya antarabangsa yang terkenal untuk pengeluaran pintar
dan imbangan ekologi. "Trek itu telah diluluskan secara rasmi untuk
digunakan oleh Persatuan Antarabangsa bagi Persekutuan Olahraya dan
Persatuan Olahraga Asia. Ini juga menunjukkan keupayaan Dongguan untuk
meneruskan pembangunan ekologi dan pengurusan bandar raya," kata Fu
Weibo, timbalan pengarah bagi jabatan pertandingan di Pusat Pentadbiran
Olahraga, Pentadbiran Am bagi Sukan China.
Dongguan secara
tradisinya terkenal sebagai "Bandar raya Sukan", khususnya sebuah negeri
bagi renang, angkat berat dan perahu naga. Dengan kekuatannya yang
sangat profesional, bandar raya itu telah memupuk suasana
yang memberangsangkan bagi orang ramai untuk bersenam sejak sekian lama
dan menyaksikan pelbagai acara sukan antarabangsa, termasuk FIBA Bola
Keranjang Piala Dunia, Piala Dunia Golf dan BWF Piala Sudirman. Semasa
meletakkan ekonominya di landasan yang pantas, Dongguan telah sekian
lama memberi tumpuan kepada pembinaan ekologi dan perlindungan alam
sekitar, kata Yang Xiaotang, ketua publisiti bagi Jawatankuasa
Perbandaran Dongguan CPC. Mengadakan kejohanan maraton dan acara sukan
berskala besar yang lain, kata beliau, akan membawa program sukan untuk
semua itu ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, ia akan membantu
rakyat menghargai landskap semula jadi bandar raya itu, warisan budaya
dan pencapaian dalam pembangunan ketika mereka terlibat dalam sukan
dalam cara saintifik. Inilah caranya Dongguan muncul sebagai
sebuah magnet bagi bakat-bakat global.
Dengan menganjurkan
Kejohanan Maraton Asia ke-16, Dongguan akan meningkatkan program sukan
dan kebudayaan mereka sebagai sebuah bandar raya yang lebih yakin dan
bersemangat. Ini akan menarik lebih banyak perhatian daripada
semua komuniti berhubung perlumbaan larian dan menggalakkan minat yang
lebih dalam latihan dan kesihatan. Adalah jelas bahawa orang ramai yang
suka berlari akan menjadikan bandar raya itu berdiri yakin dan pada masa
yang sama menggalakkan kecergasan dan kesegaran yang selalu dinikmati
oleh Dongguan.
SUMBER: Jawatankuasa Penganjur bagi Kejohanan Maraton Asia ke-16
No comments:
Post a Comment