Wednesday, November 8, 2017

TIENS MENGADAKAN PERAYAAN ULANG TAHUN KE-22 DI NEW DELHI

NEW DELHI, 8 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Konglomerat multinasional China, Kumpulan Tiens, mengadakan perayaan ulang tahun mereka ke-22 pada Ahad selain satu siri aktiviti yang berkaitan di New Delhi, ibu negara India.
 
Kira-kira 10,000 rakan perniagaan Tiens dari hampir 50 buah negara dan wilayah mengambil bahagian di dalam perhimpunan antarabangsa ini.
 
“Tiens telah secara aktif melaksanakan Inisiatif Belt and Road, mempercepatkan ruang globalisasi dan mengambil India sebagai satu daripada pasaran teras mereka untuk meningkatkan pelaburan dan menubuhkan lebih banyak cawangan dan kedai francais,” kata Li Jianing, pengurus besar bagi pusat pelaburan dan pembangunan Tiens.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10562

No comments:

Post a Comment