Wednesday, November 22, 2017

PERPADUAN,KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN: 1MALAYSIA-PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT 1 MALAYSIA (KER1M)

PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) menekankan semangat patriotisme di kalangan rakyat perlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan negara mengisi kemerdekaan dengan mencipta lebih banyak kemajuan dan kejayaan pada masa akan datang khususnya ke arah Transformasi Nasional MYTN2050. Pengerusi KER1M Yang Hormat Penolong Pesuruhjaya Kehormat RELA Datuk Ranjith berkata tunjang ke arah pencapaian tersebut hanya boleh direalisasikan menerusi kerjasama erat pelbagai kaum di negara ini. Maknanya, perpaduan menjadi alat terpenting.Pemahaman rakyat tentang konsep 1 Malaysia masih tidak jelas lagi ada yang berpendapat konsep ini tidak memberikan apa-apa kesan tetapi melalui 1 Malaysia , rakyat dapat memperkukuhkan perhubungan dan jurang perbezaan status , bangsa  dan agama.

Pencapaian penyatupadukan kaum dan etnik di Negara kita jelas Berjaya apabila perkongsian kuasa politik telah terjalin dengan jayanya sebagai contoh dalam UMNO , MCA dan MIC .Begitu juga dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Negara kita .Setiap ahli politik yang mewakili diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat dari pelbagai etnik ,walau bagaimanapun masih terikat dengan undang-undang yang telah kita setujui bersama ketika perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dahulu.  Setiap rakyat juga diberi kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga tetapi masih terikat dengan undang-undang dan peraturan tertentu . Semua ini bertujuan untuk menjaga integrasi kaum dan hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan muhibah.

Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk integrasi kaum dan hubungan etnik yang mesra. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan baik dapat meningkatkan perpaduan yang utuh. Disamping itu kerajaan juga dapat mengendalikan program ekonomi yang lebih berkesan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10613

No comments:

Post a Comment